Jumaat, 18 November 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Perhentian bas berhawa dingin

Posted: 17 Nov 2011 11:47 AM PST

PUCHONG: Perhentian bas berhawa dingin pertama di Malaysia dekat Bandar Kinrara yang menjanjikan keselesaan kepada pengguna kini dibuka kepada orang ramai mulai semalam.

Perhentian bas yang beroperasi setiap hari dari jam 6 pagi hingga 11 malam itu boleh menampung 40 pengguna dalam satu masa manakala penyaman udara di situ beroperasi dari jam 9 pagi hingga 7 malam sebagai langkah penjimatan tenaga.


Pembinaan perhentian bas berhawa dingin pertama yang menelan kos RM83,000 itu ditampung sepenuhnya oleh pemaju butik bersepadu, Trinity Group Sdn Bhd (Trinity Group).

Sebagai langkah keselamatan, perhentian bas di hadapan pejabat Trinity Group di Zest Point, Bandar Kinrara itu turut dilengkapi kamera sistem litar tertutup (CCTV) selain rondaan berkala beberapa pengawal keselamatan yang ditugaskan Trinity Group.


Kos penyelenggaraan perhentian bas itu di bawah tanggungan Trinity Group sepenuhnya dan dianggarkan melebihi RM1,000 setiap bulan.


Pengarah Urusannya, Datuk Neoh Soo Keat, berkata sumbangan berupa prasarana itu diharap memberi keselesaan kepada masyarakat disamping melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikatnya.

Perhentian bas berhawa dingin pertama di Malaysia itu mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) dan penyampaian sijil pengiktirafan itu disampaikan Pengasas merangkap Pengarah Urusan MBR, Datuk Danny Ooi.

Full content generated by Get Full RSS.

Halau ibu

Posted: 17 Nov 2011 11:45 AM PST

KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak memberi wang RM10, sepasang suami isteri warga emas dihalau anak lelakinya yang berusia 32 tahun dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Sungai Merali, di sini, kelmarin.

Menurut sumber polis, dalam kejadian jam 3 petang itu, anak mangsa yang baru pulang melepak bersama rakannya meminta wang RM10 daripada ibu bapanya untuk berjudi sebelum dinasihatkan tidak melakukan perkara itu.


Katanya, nasihat itu menyebabkan anak lelaki mangsa marah dan mengamuk sebelum memecahkan barangan berharga.

"Sebelum itu, mangsa sudah memberi RM5 ketika anaknya mahu keluar melepak. Sejam kemudian, anak lelakinya pulang semula dan kali ini, meminta tambahan wang RM10 untuk berjudi.


"Permintaan itu tidak dihiraukan menyebabkan anaknya mengamuk," katanya di sini, semalam.


Beliau berkata, anak lelaki mangsa juga mengugut mahu mencederakan ibu bapanya, namun tidak sempat apabila mangsa mengelak dan mengugut mahu keluar rumah sekiranya perangai anaknya tidak berubah.

Katanya, ugutan itu menambahkan kemarahan anaknya yang menghalau kedua-dua orang tuanya itu.


"Tidak tahan dengan perangai anaknya yang suka meminta wang, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak sejurus kejadian," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved