Harian Metro: Setempat |
Posted: 17 Nov 2011 11:47 AM PST PUCHONG: Perhentian bas berhawa dingin pertama di Malaysia dekat Bandar Kinrara yang menjanjikan keselesaan kepada pengguna kini dibuka kepada orang ramai mulai semalam. Perhentian bas yang beroperasi setiap hari dari jam 6 pagi hingga 11 malam itu boleh menampung 40 pengguna dalam satu masa manakala penyaman udara di situ beroperasi dari jam 9 pagi hingga 7 malam sebagai langkah penjimatan tenaga.
Sebagai langkah keselamatan, perhentian bas di hadapan pejabat Trinity Group di Zest Point, Bandar Kinrara itu turut dilengkapi kamera sistem litar tertutup (CCTV) selain rondaan berkala beberapa pengawal keselamatan yang ditugaskan Trinity Group.
Perhentian bas berhawa dingin pertama di Malaysia itu mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) dan penyampaian sijil pengiktirafan itu disampaikan Pengasas merangkap Pengarah Urusan MBR, Datuk Danny Ooi. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 17 Nov 2011 11:45 AM PST KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak memberi wang RM10, sepasang suami isteri warga emas dihalau anak lelakinya yang berusia 32 tahun dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Sungai Merali, di sini, kelmarin. Menurut sumber polis, dalam kejadian jam 3 petang itu, anak mangsa yang baru pulang melepak bersama rakannya meminta wang RM10 daripada ibu bapanya untuk berjudi sebelum dinasihatkan tidak melakukan perkara itu.
"Sebelum itu, mangsa sudah memberi RM5 ketika anaknya mahu keluar melepak. Sejam kemudian, anak lelakinya pulang semula dan kali ini, meminta tambahan wang RM10 untuk berjudi.
Katanya, ugutan itu menambahkan kemarahan anaknya yang menghalau kedua-dua orang tuanya itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan