Ahad, 20 November 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


‘Rugi jika tidak sertai’

Posted: 19 Nov 2011 09:46 AM PST

KUCHING: Meskipun sudah diberi nasihat dan teguran, lima peserta beragama Islam Rantu Cantik Borneo (MBB) 2011 tetap meneruskan niat dengan menyertai malam kemuncak pertandingan akhir yang berlangsung di sebuah hotel, di sini, malam kelmarin.

Kelima-lima peserta Melatie Melisa, 22; Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21; Adira Kamil, 23; Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23, dan Roszainah Suhaili, 21, tampil pada malam kemuncak berkenaan meskipun kehadiran mereka di pentas tidak disenangi banyak pihak, sebelum ini.


Ditanya mengenai keputusan untuk menyertai pertandingan itu walaupun ditegur Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais), salah seorang peserta beragama Islam, Natasha berkata, dia tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun ada pihak kurang senang dengan pembabitannya dalam pertandingan itu.

"Kami membuat keputusan untuk tidak menarik diri selepas mengambil kira latihan dilakukan sebelum malam kemuncak. Adalah satu kerugian jika saya tidak menyertai selepas bersemuka dengan pegawai Jais semalam (kelmarin)," katanya sebaik diumumkan pemenang tempat keempat.


Katanya, walaupun sekadar meriah tempat keempat, dia masih berbangga selain mahu membuktikan kepada orang ramai bahawa pertandingan ini bukan satu kesalahan.


"Kami tidak melanggar undang-undang walaupun ada antara mereka tidak menyukai penampilan kami pada pertandingan kali ini," katanya.

Pagi kelmarin, kelima-lima peserta berkenaan dipanggil menghadap Jais selepas didakwa mengenakan pakaian seksi ketika bergambar untuk media tempatan sejak beberapa hari lalu sebagai persediaan menghadapi pertandingan akhir.


Mereka diarah menjalani sesi kaunseling selama dua jam bersama Jais menerusi pertemuan yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Putit Mat Zen, Pengarah Jais, Abang Shamsudin Abang Seruji, Mufti Sarawak, Kipli Yassin serta beberapa pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jais.

Pada pertandingan itu, selain Natasha, seorang lagi peserta beragama Islam, Adira meraih tempat kelima yang diserta 18 peserta keseluruhan.


Selain Natasha dan Adira, seorang lagi peserta, Sharifah dipilih sebagai Ratu Personaliti.


Sementara itu, Abang Shamsudin berkata, walaupun sudah menegur supaya memikir kembali keputusan sama ada mahu menyertai atau sebaliknya, pihaknya akur dengan keputusan kelima-lima peserta sambil memaklumkan 'tugas Jais sudah selesai'.


"Kita sudah memberi nasihat namun mereka tetap mahu meneruskan penyertaan. Jadi, terpulang kepada mereka kerana ia hak individu. Di sini, tugas Jais selaku badan bertanggungjawab sudah selesai.


"Dalam hal ini, kami tidak boleh mengambil tindakan selepas diberikan nasihat dan penerangan secukupnya mengenai hukum wanita mendedahkan aurat yang tetap haram walaupun atas tujuan pertandingan.


"Bagi saya, Jais sudah menjalankan tanggungjawab kerana kuasa kami hanya setakat ini saja," katanya sambil memaklumkan pihaknya tidak menghantar Pegawai Jais membuat pemantauan pada malam kemuncak kerana bimbang berlaku salah faham.

Full content generated by Get Full RSS.

Misteri amah mati

Posted: 19 Nov 2011 09:42 AM PST

GEORGETOWN: Kematian seorang pembantu rumah yang ditemui terbaring kaku di dapur rumah majikannya di Medan Tembaga, Island Park, di sini kelmarin masih menjadi tanda tanya.

Ini berikutan mangsa yang hanya dikenali sebagai Sukarti, 39, dikatakan hanya mengalami luka di kaki kiri sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan tertiarap oleh majikan yang kemudian menghubungi polis kira-kira jam 7.30 petang.


Sepasukan polis kemudian bergegas ke rumah terbabit dan hasil siasatan awal mendapati mangsa kemungkinan maut akibat mengalami pendarahan yang terlalu banyak di bahagian kaki.

Malah, mangsa juga dikatakan cuba merawat sendiri luka di kakinya itu yang kelihatan seperti bisul dengan membasuh menggunakan air paip dan kesan darah turut ditemui di kain yang digunakannya dan juga dinding.


Mangsa yang sudah bekerja selama lapan bulan di rumah majikannya itu berasal dari Semarang, Indonesia dan dia sebelum ini pernah dihantar majikan ke klinik kerana mengadu badannya lemah dan difahamkan dia turut mempunyai penyakit kencing manis.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Gan Kong Meng berkata, setakat ini polis masih menunggu keputusan bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian mangsa dan kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Siasatan awal yang dijalankan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan pemeriksaan mendapati kaki pembantu rumah terbabit luka akibat terkena tangga sejak beberapa hari lalu.


"Selain itu, siasatan juga mendapati tiada kesan geledah dan tiada barang mangsa yang hilang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved