Isnin, 21 November 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Tragedi bercuti

Posted: 20 Nov 2011 09:58 AM PST

KUALA LUMPUR: Perjalanan pulang ke utara selepas bercuti di Melaka bersama rakan membawa malang buat dua wanita warga Thailand yang maut dalam kemalangan di Kilometer 416.5 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara berdekatan Lembah Beringin, dekat sini, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki tempatan, Ng Chin Thai, 38, bersama enam wanita warga Thailand dalam perjalanan pulang dari Melaka ke utara.


Sumber berkata, ketika tiba di tempat kejadian, kenderaan berkenaan yang dipandu laju cuba mengelak sebuah motosikal ditunggang Eyu Seng Chong , 33.

Bagaimanapun, ia terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh besi pembahagi jalan.


Katanya, selepas itu, kenderaan berkenaan masuk ke laluan bertentangan sebelum terjunam ke dalam cerun bukit kira-kira 150 meter.


Ketika itu, dua penumpang kenderaan terbabit, Kanchana Wisaiphrm, 26 dan Shuhisa, 22 tercampak dari kenderaan berkenaan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Empat lagi mangsa yang dikenali sebagai Suphannch Nianthaisy, 30, patah kaki kirinya, Sakauyapaumanel,29, Ratu Pharkun,38, dan Kunyanut Sitthisme, 23, bersama pemandu kenderaan itu parah dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan kecemasan.


"Mayat dua wanita itu pula dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat," katanya.

Menurutnya, penunggang motosikal berkenaan cedera ringan selepas motosikalnya terbabas ke tepi jalan.


Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Full content generated by Get Full RSS.

Latih usahawan digital

Posted: 20 Nov 2011 09:51 AM PST

KAJANG: "Peluang untuk saya meneroka bidang perniagaan lebih terbuka dan mudah dengan kursus yang diberikan di samping perolehan mendapatkan tender kerajaan secara terus tanpa perlu pihak ketiga," kata peserta kursus e-perolehan, Elliyanti Khalid, 25, yang menyertai kursus Komuniti Usahawan Digital anjuran Sekretariat 1Malaysia dengan kerjasama Giat Mara.

Dia antara 150 peserta kursus yang diraikan sempena tamat kursus berkenaan semalam, berkata, program yang dianjurkan memberi banyak manfaat terutama baginya yang langsung tiada pengalaman dalam pengurusan perniagaan.


"Saya sertai kursus ini selepas mendapat sokongan ayah yang mengharapkan saya meneruskan perniagaan kontraktornya disebabkan saya anak tunggal," katanya.

Kursus selama dua hari bermula kelmarin itu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kursus laman web, e-perolehan dan akaun komputer yang dibahagikan kepada tiga kumpulan peserta masing-masing 50 orang.


Hadir merasmikan majlis tamat kursus dan penyampaian sijil ialah Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved