Selasa, 22 November 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Cekup dua penyamun

Posted: 21 Nov 2011 01:20 PM PST

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki dipercayai anggota Geng Faruk yang terbabit sekurang-kurangnya 69 kes samun dan ragut sekitar Brickfields, Sabtu lalu.

Suspek berusia 23 dan 31 tahun itu ditahan di Jalan Klang Lama, di sini, berikutan laporan seorang guru disamun suspek bersenjatakan pisau ketika berjalan sendirian di Jalan Hujan Emas, di sini, pada 10 November lalu.


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata dalam kejadian jam 1.15 tengah hari, mangsa berusia 38 tahun berjalan seorang diri sebelum dihampiri tiga lelaki menunggang dua motosikal. Katanya, seorang daripada suspek mengacukan pisau pada leher mangsa dan mengugut untuk mencederakan jika enggan menyerahkan barang kemas dan beg tangan.

"Takut dan bimbang dicederakan, mangsa menyerahkan rantai emas dan dua cincin emas. Selain itu, suspek melarikan beg tangan mangsa yang mengandungi wang RM100, telefon bimbit dan beberapa dokumen peribadi yang semuanya bernilai RM1,300.


"Mangsa bernasib baik kerana tidak dicederakan selain mengingati nombor pendaftaran motosikal suspek sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields," katanya ketika ditemui dalam sidang media di IPD Brickfields, semalam.


Wan Abdul Bari berkata, berpandukan maklumat mangsa, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Brickfields menahan dua lelaki yang menaiki motosikal di Batu 4, Jalan Klang Lama, di sini, pada 16 November pada jam 6.45 petang.

Hasil siasatan awal, polis menyerbu sebuah rumah di Bukit Belimbing, Seri Kembangan dan menahan seorang wanita berusia 23 tahun yang juga kenalan suspek bersama beberapa senjata seperti parang, pisau yang diubah suai, jam tangan Rolex dan beberapa barang lain yang dipercayai milik mangsa yang disamun suspek. "Selain itu, polis menemui beberapa komponen motosikal yang sudah dileraikan dan dilaporkan hilang di Lembah Klang, baru-baru ini.


"Wanita itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis, tetapi akan dipanggil semula dalam masa terdekat bagi membantu melengkapkan siasatan," katanya.

Beliau berkata, polis menahan lapan lelaki berusia 20-an hingga 40-an yang dipercayai pembeli barangan yang disamun mangsa di beberapa kawasan di Lembah Klang dan menemui barangan seperti telefon bimbit dan ketulan emas seberat 5.6 gram.


Katanya, polis tidak menolak kemungkinan suspek menjual barangan yang disamun terutama telefon bimbit kepada peniaga dengan harga murah sebelum dijual semula pada harga pasaran kepada orang awam.


"Polis akan menjalankan siasatan dari pelbagai sudut dan percaya dengan penahanan suspek, polis dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 69 kes di daerah Brickfields dan enam kes di Kajang dan empat kes di Cheras," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Gangguan air tiga daerah

Posted: 21 Nov 2011 01:05 PM PST

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Hulu Langat, Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air sementara untuk kerja menaik taraf sistem bekalan air.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Abdul Halem Mat Som dalam kenyataannya berkata, antara kawasan terjejas antara jam 9 malam, 29 November hingga jam 5 pagi 30 November di Hulu Langat termasuk Taman Harmoni, Taman Seri Timah dan Taman Juara Jaya.


Manakala kawasan Klang dan Shah Alam yang terjejas antara jam 9 malam 7 Disember hingga 12 tengah hari 8 Disember membabitkan kawasan termasuk Jalan Sultan Mohd 1-5 (Kilang Samsung, Cadbury, Saint Gobain dan kawasan Taiwanis Industri).

Pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved