Harian Metro: BeritaUtama |
‘Saya hidu bau hangit’ Posted: 20 Dec 2011 02:45 PM PST TAMPARULI: "Saya terhidu bau hangit seperti getah terbakar ketika bas menuruni bukit beberapa detik sebelum kemalangan," kata Mohd Nazirul Mubin, 21, penumpang bas yang terselamat dalam nahas ngeri mengorbankan enam pelancong warga Brunei, di sini, semalam. Kejadian pada jam 3 petang di Kilometer 8.9 Jalan Ranau-Tamparuli itu mengakibatkan bas terbabit yang dinaiki 33 penumpang menggelongsor di atas jalan sebelum merempuh dan 'melekat' di sebatang pokok hingga sebahagian besar bumbung kenderaan terkopak. Wartawan Harian Metro yang tiba di tempat kejadian mendapati keadaan amat menyayat hati apabila mangsa yang terbunuh dan parah bergelimpangan, selain suara mengerang kesakitan jelas kedengaran. Mohd Nazirul berkata, sebelum kemalangan bas yang membawa 22 penumpang perempuan dan 11 lelaki itu cuba memintas tiga kenderaan termasuk dua lori.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 20 Dec 2011 02:44 PM PST KAHANG: Kira-kira 100 penduduk perkampungan Orang Asli di tiga perkampungan di daerah ini dikhuatiri berdepan kebuluran berikutan kawasan itu terputus hubungan dan bekalan makanan sejak Ahad lalu. Malah, pelbagai usaha menghantar bekalan bahan mentah kepada penduduk di sana gagal berikutan jalan dinaiki air akibat hujan lebat.
Menurut Sari, proses penghantaran sepatutnya dilakukan kelmarin oleh kakitangan Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA) namun sehingga semalam, ia gagal dilakukan berikutan jalan dinaiki air.
"Persediaan pengangkutan seperti bot sepatutnya dilakukan sebelum banjir berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan