Harian Metro: Setempat |
DBKL beri tempoh tiga bulan cuba lorong khas Posted: 05 Dec 2011 12:34 PM PST KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi tempoh percubaan tiga bulan terhadap pelaksanaan lorong khas untuk kegunaan bas dan teksi di Jalan Tun Sambanthan dan Little India, di sini. Ketua Pengarahnya, Datuk Salleh Yusop, berkata pihaknya melihat kelemahan sistem diperkenalkan itu dan membuat penambahbaikkan bagi memastikan kelancaran trafik dan keselesaan pengguna.
"Penduduk mendakwa laluan bas sering menyebabkan kesesakan dan membahayakan pengguna kerana melalui sekolah, Persatuan Orang Buta, masjid dan gereja di sepanjang Jalan Thambipillay dan Jalan Sultan Abdul Samad" katanya ketika dihubungi. Full content generated by Get Full RSS. |
‘Drebar bas kami tak lari’ Posted: 05 Dec 2011 12:32 PM PST KUALA LUMPUR: Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) menafikan laporan media bahawa pemandu bas RapidKL melarikan diri selepas melanggar dua pejalan kaki di Jalan Tun Sambanthan petang kelmarin. Pengarah Kumpulan Bahagian Bas, Prasarana, Zohari Sulaiman, berkata pemandu bas terbabit sudah menghentikan kenderaan itu dan membantu pejalan kaki yang cedera.
"Andaian bahawa pemandu melarikan diri tidak berasas dan tidak benar," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Zohari mendakwa, ketika kejadian 3.30 petang itu, pemandu bas syarikat itu tidak dapat membrek dengan segera apabila dua pejalan kaki itu memasuki laluan bas untuk menyeberang jalan dan hanya memerhati laluan trafik sehala tanpa mengetahui jalan itu lorong dua hala.
Katanya, kejadian itu amat malang, tetapi masih boleh dielakkan jika semua pihak bekerjasama dan faham mengenai perubahan laluan trafik di kawasan itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan