Khamis, 8 Disember 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Kereta undur dihentam treler

Posted: 07 Dec 2011 11:47 AM PST

BANTING: Tindakan mengundur kereta akibat terlepas susur keluar membawa padah apabila seorang warga emas maut manakala dua lagi parah selepas dilanggar treler membawa muatan getah di Kilometer 21 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran persimpangan Plaza Tol Putrajaya/Cyberjaya, tengah hari semalam.

Arthur Lawrence Pharamond, 86, yang memandu kereta Perodua Kancil disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Putrajaya akibat kecederaan parah di kepalanya selepas dirempuh treler dengan muatan dua buah kontena, dalam kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari.


Dua penumpang kereta berkenaan iaitu isteri Arthur, Lodi Ah Chang, 78, dan seorang wanita, Yong Shiad Ting, 36, berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama manakala anak lelaki pasangan itu, Jeffrey Gilbert Pharamond, 46, yang juga orang kelainan upaya (OKU), cedera ringan.

Ekoran kejadian itu, treler berkenaan terbalik dan dua buah kontena dibawanya melintang di tengah lebuh raya sehingga menyebabkan kesesakan teruk di laluan menghala ke Shah Alam selama beberapa jam.


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan ketika dihubungi berkata, Arthur yang berasal dari Sentul, Kuala Lumpur dipercayai memandu dari arah Seremban menghala ke Putrajaya sebelum terlepas simpang susur keluar.


Katanya, mangsa dipercayai cuba mengundurkan keretanya untuk memasuki persimpangan ke Plaza Tol Putrajaya/Cyberjaya.

"Ketika mengundurkan keretanya sebuah kereta berjaya mengelak kereta yang dipandu mangsa, tetapi pemandu treler dari arah sama gagal mengelak dan merempuh belakang kereta mangsa sehingga menyebabkan kereta itu terseret 50 meter dari tempat kejadian, menyebabkan ia remuk.


"Rempuhan itu turut menyebabkan dua buah kontena yang dibawanya terjatuh dan melintang di tengah lebuh raya. Bagaimanapun, pemandu treler tidak cedera," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Mayat reput

Posted: 07 Dec 2011 11:44 AM PST

PETALING JAYA: Misteri bau busuk di sebuah premis terjawab selepas mayat seorang warga asing yang sudah mula reput ditemui seorang pekerja penyelenggaraan dalam sebuah bangunan di Kota Damansara, di sini, semalam.

Dalam kejadian pada jam 3.15 petang itu, mayat dipercayai seorang warga Afrika berusia 30-an itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan masih lengkap berpakaian.


Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa dipercayai sudah mati lebih daripada tiga hari dan terdapat kesan darah serta buih di mulutnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad, berkata setakat ini kes berkenaan masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).


"Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan cedera pada bahagian tubuh mangsa.


"Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut akan dijalankan dan mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Sungai Buloh," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved