Harian Metro: Setempat |
Rampas arak, rokok seludup RM2 juta Posted: 12 Dec 2011 10:03 AM PST PELABUHAN KLANG: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menumpaskan sindiket menyeludup minuman keras dan rokok putih bernilai hampir RM2 juta dalam tiga serbuan berasingan di Rantau Panjang, Kapar, Pelabuhan Klang dan Balakong, baru-baru ini. Pengarah Kastam negeri, Datuk Azis Yacub berkata, dalam serbuan pertama, empat lelaki ditahan dan merampas minuman keras serta rokok putih disyaki belum lulus kastam dianggarkan bernilai RM245,489 membabitkan nilai cukai RM1.3 juta.
"Hasil serbuan, kami menemui dua kontena bermuatan minuman keras berjenama Kingfisher dan Bavaria serta rokok putih berjenama Cordon yang keseluruhan berjumlah 1,536 kotak minuman keras berserta 9,800 kartun rokok putih," katanya pada sidang media di sini, semalam.
"Selepas intipan, kami mengekori suspek sehingga tiba di sebuah gudang dan menemui empat lori lagi termasuk lori yang dijejaki. Semua lori itu dipercayai digunakan untuk memindahkan barang belum lulus kastam. "Semua lori itu disita bersama barang yang belum lulus kastam bernilai RM92,193 dengan nilai cukai RM119,262 dan tiada tangkapan dibuat kerana suspek meloloskan diri melalui sebuah lubang selepas menyedari kehadiran anggota kami," katanya.
"Suspek membawa sebuah lori dengan muatan 1,920 kotak minuman keras berjenama Hollandia bernilai RM119,999 membabitkan nilai cukai RM450,124," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Terjun tingkat tiga angkara hutang Posted: 12 Dec 2011 10:00 AM PST KUALA LUMPUR: Akibat tidak mampu membayar balik pinjaman daripada 11 ceti haram atau along lebih RM22,000 sejak setahun lalu, seorang lelaki membahayakan nyawanya selepas terjun dari tingkat tiga rumahnya. Menurut bapa yang mahu dikenali sebagai Liew, 69, anaknya sudah tiga kali meminjam dengan along apabila kali pertama membuat pinjaman RM10,000, manakala kali kedua, RM5,000 dan kali terakhir RM7,000.
"Saya dan isteri yang kasihan dengannya membantu dia melangsaikan segala hutangnya dengan semua along terbabit," katanya yang membuat aduan kepada Jabatan Pengaduan Awam MCA.
"Saya beri amaran kepada semua peminjam yang degil supaya bertanggungjawab terhadap tindakan mereka dan jangan menyusahkan orang lain terutama keluarga," katanya.
"Terdapat satu kes dengan si suami menculik diri sendiri selepas tiga kali meminjam dengan along dan menuntut wang tebusan daripada isterinya RM200,000," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan