Harian Metro: Setempat |
Posted: 14 Dec 2011 10:34 AM PST SERI KEMBANGAN: Dengan berselindung di sebalik cermin gelap dan beroperasi 24 jam, ada kafe siber di kawasan ini yang bukan saja menyediakan perkhidmatan Internet, malah turut menjalankan aktiviti perjudian dalam talian. Biarpun diberi amaran dan diarah tutup lebih tiga kali oleh polis dan Jabatan Penguat kuasa, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), pengusaha terbabit berdegil dengan meneruskan aktiviti haram mereka.
Pengarah Penguat kuasa MPSJ, Ahmad Hasan, berkata semua premis terbabit disita mengikut Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Pusat Siber MPSJ 2007 iaitu menjalankan perniagaan kafe siber tanpa lesen.
"Berdasarkan aduan orang ramai, selain di Putra Walk, Taman Pinggiran Putra, ada dua lagi premis menjalankan aktiviti sama di Jalan PP32 dan PP33, tetapi hasil serbuan mendapati premis itu kosong, tiada sebarang aktiviti perniagaan dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurutnya, pemantauan berterusan akan dijalankan polis dan penguat kuasa MPSJ bagi mengelakkan premis terbabit beroperasi semula selepas tindakan pemotongan bekalan elektrik diambil dan operasi sama dijalankan di kawasan Subang Jaya dan Puchong. Full content generated by Get Full RSS. |
100 lega mahkamah lulus permohonan injunksi Posted: 14 Dec 2011 10:32 AM PST SHAH ALAM: Seramai 100 peniaga di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini, lega apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam, kelmarin, meluluskan permohonan injunksi yang menghalang PKNS daripada menaikkan kadar sewa premis perniagaan di kompleks itu. Perintah yang dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Zaki Husin itu turut memerintahkan peniaga di kompleks terbabit tidak diganggu atau dihalang untuk meneruskan operasi perniagaan mereka pada kadar sewa lama.
Katanya, perintah injunksi itu diteruskan sehingga perbicaraan kes itu dimulakan antara Mei hingga Jun tahun depan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan