Ahad, 18 Disember 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


‘Port’ warga Afrika digempur

Posted: 17 Dec 2011 02:19 PM PST

KEPONG: Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan menggempur 'port' warga Afrika di Desa Aman Puri, semalam, berikutan aduan penduduk yang mendakwa sesetengah daripada mereka tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Penolong Pengarah Imigresen Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan, James Singa berkata, operasi yang dijalankan berjaya menahan 13 lelaki Nigeria yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah untuk masuk ke negara ini.


Katanya, hasil soal siasat, kebanyakan mereka mendakwa sebagai pelajar di pusat Bahasa Inggeris di ibu kota dan memberi pasport mereka dipegang oleh pihak kolej untuk tujuan permohonan pas pelajar.

"Dalam operasi ini, Jabatan Imigresen melakukan pemeriksaan mengejut ke atas 50 rumah dan memeriksa 87 warga Nigeria.


"Bagaimanapun, 13 warga Nigeria berusia 20-an hingga 30-an ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan. Semua mereka akan ditahan di depoh Imigresen Jalan Duta untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.


Beliau berkata, operasi yang dijalankan pihak imigresen berdasarkan aduan diterima daripada penduduk dan hasil risikan selama seminggu.

Full content generated by Get Full RSS.

Wang tunai RM14,000 hangus

Posted: 17 Dec 2011 02:18 PM PST

TAMPARULI: Sembilan beranak tergamam melihat rumah papan separuh konkrit yang dihuni 23 tahun hangus sekelip mata dalam kebakaran di Kampung Bundu Tohuri, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 pagi, penghuni rumah berkenaan bukan saja tinggal sehelai sepinggang, malah hilang tempat berteduh selepas api memusnahkan keseluruhan ruang rumah mereka.


Bindaron Soriou, 78 dan isterinya Kondisim Kadog, 76, gagal menyelamatkan harta benda di dalam rumah berkenaan kerana bahang terlalu panas akibat api marak.

"Kami hanya mampu melihat rumah yang dihuni selama ini musnah begitu saja dan tiada harta sempat diselamatkan.


"Daripada nyawa melayang, lebih baik kami menyelamatkan diri kerana api merebak ke seluruh rumah," katanya ketika ditemui, semalam.


Bagaimanapun, Bindaron mendakwa turut kehilangan wang tunai sebanyak RM14,000 yang disimpan di dalam rumah.

"Selain wang tunai, beberapa dokumen penting, termasuk dokumen pengenalan diri gagal diselamatkan. Namun, saya bersyukur kerana semua ahli keluarga terselamat daripada tragedi ini," katanya.


Sementara itu, jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Tuaran berkata, pihaknya menghantar sebuah jentera bersama tujuh anggota untuk memadam kebakaran.

"Sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 11.20 pagi, api berjaya dikawal 30 minit kemudian, namun rumah gagal diselamatkan," katanya.


Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim turut bersimpati dengan musibah menimpa keluarga Bindaron dan menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mereka.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved