Khamis, 22 Disember 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


‘Mujur tak hempap budak’

Posted: 21 Dec 2011 12:08 PM PST

SUBANG: "Nasib baik ketika pokok tumbang tiada kanak-kanak yang bermain di taman permainan ini. Jika tidak pasti ada yang parah dan mungkin maut," kata penghuni Pangsapuri Merak, Muhammad Najwan Adzmi, 25.

Katanya, kejadian ribut yang kuat jam 9 malam pada Sabtu lalu itu menyebabkan sebatang pokok di taman berkenaan tumbang dan menghempap alat permainan pada hari berkenaan.


"Terdapat 11 pokok di sekitar taman ini dan berusia hampir 10 tahun. Selepas kejadian itu, kami bimbang kejadian sama berulang dan berlaku tanpa dijangka.

"Ini kali pertama berlaku dan saya difahamkan pokok ini tumbang berikutan akarnya yang tidak kuat mencengkam disebabkan lapisan bawah tanah adalah konkrit," katanya ketika ditemui.


Penduduk yang mahu dikenali, Taib, 34, berkata keadaan struktur tanah yang lemah sudah tidak sesuai untuk menampung pokok yang tinggi dan berharap pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) memotong pokok berkenaan.


"Mungkin pihak JMB boleh menanam pokok yang renek untuk menggantikan pokok berkenaan kerana perlu diutamakan sekarang keselamatan kanak-kanak yang bermain di taman ini.

"Lagipun pokok ini menghadap parkir kenderaan penghuni dan berkemungkinan tumbang bila-bila menghempap kereta," katanya.


Sementara itu, penyelenggara bangunan pangsapuri berkenaan, Zakaria Zailani, berkata walaupun kejadian ini tidak meragut nyawa penduduk, pihaknya akan bertindak segera bagi memastikan keselamatan penghuni terjamin.

"Setiap bulan kawasan taman permainan ini diselenggara pihak pengurusan dengan memotong dahan yang tua selain membersihkan kawasan permainan berkenaan," katanya.



Full content generated by Get Full RSS.

Penyamun tekup muka

Posted: 21 Dec 2011 12:06 PM PST

AMPANG: Seorang peniaga kerugian lebih RM100,000 selepas rumahnya dimasuki dua penyamun dalam kejadian di Pandan Indah, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa dikenali sebagai Chong, 44, tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi bising.


Katanya, sebaik keluar dari bilik, dia terkejut apabila mendapati dua lelaki berusia 20-an yang membawa parang panjang berdiri di ruang tamu.

"Mereka yang tidak menyangka kehadiran saya mengacukan parang ke badan dan mengugut akan mencederakan saya sekiranya cuba melawan.


"Saya ditolak masuk ke bilik dan mereka menendang dada hingga saya terjatuh. Mereka menutup muka saya dengan bantal," katanya di sini, semalam.


Chong berkata, seorang daripada mereka sekali lagi mengacukan parang ke badannya, manakala seorang lagi menggeledah bilik mencari barangan berharga.

Menurutnya, selepas lima minit menggeledah rumahnya, mereka melarikan pelbagai barangan berharga termasuk tiga kad kredit, telefon, komputer riba, kereta BMW dan wang tunai RM3,000.


"Saya tergamam dengan kejadian itu kerana mereka menyamun pada waktu siang dengan mengumpil pintu depan," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Ampang sejurus kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut dijalankan.



Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved