Harian Metro: Hati |
Posted: 24 Jun 2011 06:31 AM PDT SIAPA sangka kaftan yang dulunya hanya sebagai baju kamar tidur atau baju di rumah kini bertukar kepada fesyen penuh glamor dengan pelbagai rekaan terkini di pasaran. Malah, fesyen yang pada mulanya direka seperti jubah yang mempunyai tangan terus sehingga ke kaki semakin mendapat tempat di hati wanita lantaran rekaannya semakin berubah dari semasa ke semasa dengan diberi sentuhan moden, anggun dan menawan.
Menambah keanggunan apabila perincian manik dan batu permata ditambah pada leher dan dada bagi menaikkan unsur kemewahan sehingga pakaian yang mula dikenali di Timur Tengah ini menjadi pakaian pilihan ketika makan malam atau perayaan.
Kaftan tidak lagi berpotongan biasa dengan jahitan pada tangan, tetapi ditambah kedutan pada hadapan atau diberi lebihan kain sama ada pada tepi atau tengah baju.
Menyedari kehendak pelanggan yang inginkan pakaian lebih mewah dan anggun, Sufiah menggunakan fabrik sifon bercorak dan polos kerana material ini mempunyai banyak keistimewaan. Selain sejuk kain sifon mudah 'jatuh' dan alunannya nampak cantik apabila digayakan.
"Saya menghasilkan kaftan mengikut cita rasa pelanggan. Bagi wanita Muslimah jangan bimbang kerana ada kaftan yang diletakkan lining dan mereka tidak perlu memakai alas baju. "Bagi kaftan lycra, sutera dan satin fabriknya cukup tebal dan memberi keselesaan kepada si pemakai dan mereka tidak perlu takut kerana kain jenis ini lebih sopan kerana tidak jarang," katanya yang menambah perincian manik dan batu permata pada fabrik polos bagi menimbulkan unsur kemewahan dan sifat glamor pada si pemakai. Namun wanita boleh menambah perhiasan sendiri seperti rantai labuh dan anting-anting bersesuaian terutama bagi fabrik polos.
|
Posted: 24 Jun 2011 06:29 AM PDT MERIAH. Begitulah suasana pertandingan fesyen pasangan ibu dan anak yang diadakan sempena majlis Anugerah Hari Ibu Harian Metro 2011 pada Ahad lalu. Tanpa terikat dengan sebarang tema, setiap peserta mengenakan pakaian mengikut kreativiti sendiri dan kebanyakannya memilih untuk tampil ringkas dan santai bersama anak.
Walaupun masing-masing kelihatan gugup pada mulanya, menerusi tunjuk ajar yang diberikan perunding imej, Shila Lama, sedikit sebanyak ia memberikan galakan untuk mereka melakukan peragaan terbaik bagi menarik perhatian juri.
Walaupun pertandingan fesyen ini pertama kali disertainya bersama anak, Azian berkata, ia menjadi platform terbaik bagi memberi peluang kepada anaknya untuk lebih mengenali dunia luar.
Malah, katanya, Anastasia suka memerhatikan dan mengikut setiap perkara yang dilakukannya terutama ketika bersiap untuk keluar memandangkan hanya dia anak perempuan yang berada di rumah ketika ini.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |