Harian Metro: Setempat |
Posted: 06 Jul 2011 11:31 AM PDT PETALING JAYA: Penghuni di kawasan Mentari Court, di sini, resah dan bimbang apabila kenderaan yang diparkir sering menjadi sasaran pecah masuk dan kecurian sejak setahun lalu. Penduduk mendakwa hampir setiap minggu kejadian itu berlaku menyebabkan mereka menanggung kerugian akibat kerosakan kenderaan.
"Sasaran mereka mencari kereta yang diletakkan di kawasan yang agak jauh dari apartmen. Mereka membuka kenderaan tanpa kedengaran bunyi penggera, namun ada juga cermin kereta dipecah kerana mereka mahu mengambil barangan berharga.
Pekerja swasta, Amir Hamzah, 35, berharap pihak berkuasa lebih kerap menjalankan rondaan dan pemantauan di kawasan berkenaan kerana sejak kawasan itu dihuni warga asing dari Indonesia dan Afrika, kejadian kes pecah masuk dan kecurian kenderaan kerap berlaku.
"Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak, tetapi mengesyaki golongan ini kerana mereka sering berkeliaran di kawasan hadapan rumah terutama pada waktu malam," katanya.
|
Posted: 06 Jul 2011 10:19 AM PDT SHAH ALAM: "Saya tak percaya Uncle Kamal (Kamaruddin Mohammad) akan buat begitu. Saya sudah periksa bilik, memang tidak ada kamera," kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, ketika perbicaraan kes pembunuhan ibunya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi, semalam. Erni Dekritawati atau Rita berkata, Kamaruddin, 44, bekerja sebagai pemandu peribadi ibunya sejak tiga tahun lalu seorang yang baik, sering membuat kelakar dan tidak pernah menimbulkan masalah terhadap keluarganya.
"Selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan jangan benarkan Kamal masuk rumah ibu, saya pulang ke rumah. Saya menghubungi rakan ibu, Habishah Bahari dan dia beritahu terima panggilan telefon dari ibu juga. Tidak pernah ibu dan Kamal bergaduh sehingga begitu sekali. "Timbul syak wasangka di hati kerana saya tidak percaya Kamal akan buat begitu terhadap ibu. Selepas dimaklumkan Habishah berhubung kamera yang didakwa berada dalam bilik ibu, saya terus periksa dan memang tidak ada. Habishah sendiri pun tidak percaya Kamal akan buat begitu," kata Rita ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yussuf.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |