Harian Metro: Hati |
Posted: 13 Jul 2011 07:28 AM PDT RAMBUT yang lebat, halus dan menarik sentiasa menjadi dambaan wanita hinggakan ia dianggap mahkota yang perlu diberi perhatian sepenuhnya. Rambut turut menerima tempias kesan pencemaran alam sekitar yang mengakibatkan rambut mula kusam, kering, bercabang dan hilang kilauannya. Justeru, rawatan demi rawatan perlu dilakukan bagi memastikan rambut kembali sihat dan dalam keadaan terkawal. Ironinya, makin sihat keadaan rambut, makin kempis poket dek terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar untuk rawatan-rawatan itu. Menurut Dr G Govindarajan, Ketua Saintis di Himalaya, India, situasi itu sebenarnya boleh diatasi jika rambut menerima rawatan awal iaitu membasuh menggunakan syampu serta melembapkan dengan perapi yang sesuai.
Bagaimanapun ramai yang tidak pasti atau faham dalam memilih syampu serta perapi sesuai dengan keadaan rambut lalu membeli syampu kerana tertarik dengan rekaan botol, harumannya dan iklan menarik yang ditonton di media massa. "Pengetahuan dalam memilih syampu terbaik untuk rambut adalah penting bagi memperoleh serta mengekalkan rambut yang sihat dan cantik. Amat penting untuk menggunakan syampu yang sesuai mengikut jenis rambut anda dan ia tidak bertindak secara efektif jika tersilap memilihnya. "Syampu dihasilkan untuk menghilangkan kotoran dan minyak di rambut serta menyuburkannya dari dalam. Wujud bermacam syampu yang memberi tumpuan kepada setiap jenis rambut dan kebanyakannya mengandungi protein, vitamin, mineral, minyak pati dan pelbagai bahan semula jadi yang dapat membaiki rambut rosak dan memeliharanya," tegas Govindarajan. Selain faktor luaran, rambut dan kulit kepala makin kotor apabila sebum iaitu bahan berminyak yang dirembeskan oleh kelenjar kulit melapisi liang roma dan menutup permukaan helaian rambut. Sel-sel kulit mati dan pendedahan kepada pencemaran kemudiannya melekat pada sebum. Justeru penggunaan syampu yang sesuai boleh membantu membuang semua kotoran itu dan membuatkan rambut lebih terurus, mudah disikat dan berkilau. Namun, syampu yang anda gunakan mungkin tidak sesuai dengan orang lain kerana faktor pengeluaran sebum dan jenis kulit kepala yang berbeza. "Oleh itu, sentiasa pastikan jenis rambut anda terlebih dulu sebelum memilih syampu. Tentukan sama ada ia kering, berminyak, biasa, menggelupas dan tidak bermaya. "Contohnya jika rambut berminyak, jangan gunakan syampu atau perapi yang direka untuk rambut kering kerana ia tidak akan mengeluarkan minyak berlebihan daripada kulit kepala hingga boleh menyebabkan masalah lain seperti kelemumur, sukar diurus dan hujung rambut yang bercabang. "Sebaiknya rambut berminyak perlu menggunakan syampu yang lembut dan kurang kandungan minyak di dalam bahan-bahannya. Jika benar-benar berminyak, hadkan penggunaan perapi dan tumpukan penggunaannya pada hujung rambut. "Elakkan daripada meramas perapi pada kulit kepala kerana ia mampu merangsang pengeluaran lebih banyak minyak semula jadi. "Bagi jenis kering pula, pilih syampu yang mempunyai tahap pelembap tinggi dengan bahan-bahan seperti minyak zaitun, minyak badam, madu dan kamomil. "Perapi juga perlu digunakan setiap kali selepas bersyampu kerana ia dapat membekalkan lembapan yang diperlukan rambut jenis ini," katanya. Tidak dilupakan rambut yang diwarnakan atau sering menjalani rawatan di salun kerana rambut jenis ini lebih mudah rapuh dan tidak bermaya. Biasanya rambut sebegini memerlukan syampu yang mempunyai tabir suria dan bahan-bahan yang boleh mengekalkan warnanya walaupun kerap dicuci. Bagi yang mengalami masalah kelemumur, syampu berubat sesuai digunakan terutama yang mengandungi bahan khusus seperti ketoconazole yang bertindak membunuh bakteria pada kulit kepala lalu mengembalikannya ke tahap pH normal. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 13 Jul 2011 07:07 AM PDT BAHAGIAN wajah manakah yang sering menarik perhatian. Adakah mata atau bibir? Tahukah anda di antara bahagian wajah yang paling penting selepas mata ialah bibir. Ini kerana apabila kita berbual selain daripada memerhatikan matanya, kita tidak akan terlepas pandang pada bentuk bibir yang seksi dan menawan. Sebenarnya penampilan solekan pada bibir amat penting bagi wanita. Bibir yang menggelupas dan kering akan membuatkan seseorang itu nampak selekeh dan tidak sihat walaupun selepas disapu gincu. Ini kerana bibir akan kelihatan putih dan tidak rata disebabkan kesan menggelupas ini.
Sebelum anda melakukan perawatan bibir sebaiknya anda harus tahu sifatnya. Bibir adalah anggota yang sangat sensitif, nipis dan memerlukan penjagaan sempurna. Kurangnya jumlah lapisan lemak pelindung (yang terletak pada epidermis kulit iaitu kulit luar), kelenjar sebum (minyak) dan kandungan melanin akan menyebabkan kulit bibir mudah kehilangan lembapan, kering dan pecah. Apabila terlalu lama terkena cahaya matahari, bahan kimia dan bahan-bahan lain yang mungkin terdapat dalam makanan atau minuman akan menyebabkan kulit bibir mengering.
Selain itu ada petua tradisional yang boleh diamalkan antaranya: Supaya bibir nampak merah Untuk membersihkan bibir Bagi mendapatkan warna gincu sesuai bergantung kepada bentuk bibir iaitu garis bibir yang mengikut bentuk atau susunan gigi serta tulang rahang. Bentuk dan garis bibir ini menentukan warna gincu yang serasi pada bibir anda. Bibir bergaris lembut dengan bentuk mendatar memerlukan gincu berkilat dengan warna merah, merah jambu atau ungu. Bibir bergaris keras dengan bentuk yang cembung memerlukan gincu jenis berkrim atau pusam dengan warna coklat seperti merah muda coklat atau krim muda. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |