Harian Metro: Setempat |
Posted: 23 Jul 2011 08:13 AM PDT AMPANG: Terpedaya dengan tipu helah sindiket penipuan kad kredit dan akaun bank yang mengaku kononnya pegawai Bank Negara Malaysia (BNM), seorang pengurus syarikat kerugian sehingga RM340,000. Mangsa berusia 34 tahun dihubungi anggota sindiket berkenaan yang memberitahu maklumat peribadi akaun bank miliknya dicuri pihak tertentu bagi tujuan penipuan.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, mangsa membuat dua transaksi pada hari sama, masing-masing berjumlah RM79,000 dan RM262,000.
Berdasarkan maklumat terbabit, beliau berkata, polis menahan tiga lelaki berusia 20 hingga 27 tahun dan merampas 27 kad mesin juruwang automatik (ATM), 15 buku bank dan wang tunai sebanyak RM257,000 pada 15 Julai lalu selepas 24 jam mangsa membuat laporan polis.
Dalam serbuan di Taman Maju Jaya, jam 10 malam Khamis lalu, seorang jurujual berusia 24 tahun bersama rakannya berusia 21 tahun ditahan dan ujian air kencing mereka disahkan positif dadah.
|
Posted: 23 Jul 2011 08:08 AM PDT IPOH: Polis berjaya menumpaskan sindiket memproses dadah apabila sebuah rumah teres setingkat dipercayai dijadikan makmal mini diserbu di Lengkok Hillview, Gunung Rapat, di sini, pagi semalam. Serbuan jam 5 pagi itu membabitkan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hasil maklumat awam.
Beliau berkata, pihaknya masih belum memperoleh berat sebenar dadah yang dirampas.
Katanya, pihaknya turut memanggil Unit Forensik bagi membuat pemantauan cap jari dan asid deoksiribonukleik (DNA).
Katanya, sabit kesalahan mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang boleh membawa hukuman mati mandatori. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |