Harian Metro: Setempat |
Posted: 15 Aug 2011 11:42 AM PDT PETALING JAYA: Padah menimpa seorang ceti haram (along) yang mahu menuntut hutang apabila dia dipercayai dibunuh pemilik sebuah pusat karaoke berhampiran Petaling Jaya Commercial Centre (PJCC), PJS5/30, di sini. Difahamkan, mangsa pergi ke premis tiga tingkat milik suspek yang menjalankan perniagaan kopitiam dan pusat karaoke itu petang semalam untuk menuntut hutang daripada lelaki terbabit.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa ditemui tertiarap dan berlumuran darah oleh seorang rakannya yang datang untuk mencari mangsa selepas dia gagal dihubungi.
Menurutnya, mangsa yang berasal dari Banting dekat sini, dipercayai maut akibat kesan tetakan dan kecederaan parah di badan serta kepalanya.
"Malah, pemeriksaan polis turut mendapati ada kesan pergelutan namun, tiada senjata ditemui di tempat kejadian," katanya.
|
Posted: 15 Aug 2011 09:48 AM PDT HULU LANGAT: Sebanyak 1,000 Jalur Gemilang diedarkan kepada pengguna jalan raya menerusi Kempen Kibar Jalur Gemilang dan agihan bubur lambuk di Pekan Batu 14, di sini, kelmarin. Kempen anjuran Sekretariat 1 Malaysia Parlimen Hulu Langat itu mengagihkan 1,000 bungkus bubur lambuk kepada pengguna jalan raya di persimpangan lampu isyarat di pekan berkenaan.
Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri berkata, kempen itu turut bertujuan menggalakkan pengguna jalan raya dan penduduk kawasan ini mengibarkan Jalur Gemilang sebagai persediaan menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang akan turun padang ke kawasan Parlimen Hulu Langat, Ahad ini. Kempen kibar Jalur Gemilang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz memasang bendera Malaysia pada kenderaan yang berhenti di persimpangan lampu isyarat di pekan ini, di samping mengagihkan bubur lambuk kepada pemandu dan penumpangnya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |