Harian Metro: Hati |
Posted: 26 Aug 2011 09:15 AM PDT WANITA sebelum ini cenderung memilih fabrik kapas kerana menyifatkan fabrik itu boleh menyerap haba. Namun, kain sifon juga fabrik yang sesuai kerana teksturnya lembut, beralun dan ringan yang mampu memberi keselesaan berpanjangan. Selain itu, sifon juga fabrik tepat sebagai penyelamat kepada penampilan kerana dengan mutu fabrik yang terpelihara dan indah. Ia menjadikan penampilan tampak anggun, sekali gus menyerlahkan keistimewaan gaya wanita.
Menurut Fauziah, dia tidak mahu rekaan di butik miliknya itu sama dengan tempat lain dan untuk itu, banyak kelainan yang ditampilkan. Walaupun terdapat pelbagai rekaan baru di pasaran, busana moden yang versatil dan sarat dengan elemen klasik sentiasa diminati lebih-lebih lagi semasa sambutan Aidilfitri. "Berbeza dengan koleksi perayaan tahun lalu, kali ini kami tampil dengan rekaan "tone dress classic" yang cukup anggun. "Ia dihasilkan daripada fabrik sifon polos tanpa corak dengan padanan potongan kain tiga lapis. "Perincian seperti renda dan manik turut diselitkan di kawasan dada dan tangan baju bagi menyerlahkan rekaan busana. "Koleksi ini memang sesuai untuk wanita yang mahu tampil penuh bergaya di lebaran nanti tanpa perlu menyarungkan rekaan busana yang terlalu berlebihan," katanya. Selain pakaian untuk wanita, butik berkenaan turut menyediakan pelbagai rekaan untuk lelaki dan kanak-kanak. Untuk lelaki, butik itu menampilkan rekaan baju Melayu daripada fabrik kapas linen dan kapas manakala koleksi pakaian si kecil lebih banyak menggunakan material renda, satin dan satin bersulam. "Rekaan baju Melayu di butik ini menampilkan dua warna berbeza pada satu-satu persalinan. "Ini kerana kami menggunakan fabrik kapas linen yang sememangnya tampil dalam dua rona selain sangat mudah dijaga dan mempunyai tekstur yang lembut berbanding biasa. "Ia dipadankan dengan songket tenun Terengganu yang menarik untuk menyerlahkan lagi gaya maskulin pemakai," katanya. |
Posted: 26 Aug 2011 08:48 AM PDT ELEGAN, menarik serta tahan lasak, itulah antara kelebihan barangan yang diperbuat daripada kulit. Bukan saja tidak mudah rosak, barangan yang diperbuat daripada kulit ini mempunyai jangka hayat lebih lama berbanding penggunaan bahan sintetik lain.
Bagaimanapun, tidak mudah untuk mendapatkan barangan aksesori kulit yang diyakini halal kerana ada sebahagiannya menggunakan kulit tidak halal sebagai bahan utama pembuatannya. Tetapi kini, koleksi yang diketengahkan TRG Leather Sdn Bhd menggunakan komposisi 80 peratus kulit kambing dan 20 peratus kulit lembu menjadikan ia pengeluar produk kulit halal terbesar tempatan.
"Bahagian luaran beg tangan terbabit menggunakan 100 peratus kulit manakala alas dalaman pula menggunakan bahan sintetik berlainan," katanya. Malah, Zaitul Affiza berkata, setiap bulan terdapat pelbagai bentuk dan corak baru beg tangan yang dikeluarkan dan penghasilan model berkenaan tidak akan dibuat berulang kali. "Hingga kini kami memiliki 60 model beg tangan yang dikeluarkan mengikut fesyen terkini dan ia lebih kepada edisi terhad kerana hanya mengeluarkan 36 model seumpamanya saja. "Ia bertujuan menjaga kualiti produk yang dihasilkan kerana ia dilakukan secara manual iaitu dibuat menggunakan tangan oleh pakar," katanya. Selain beg tangan, TRG Leather Sdn Bhd turut mengeluarkan beg sandang, jaket, tali pinggang, kopiah, topi serta beg bimbit komputer riba. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |