Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 15 Sep 2012 03:54 PM PDT KUALA LUMPUR: Sungguh kurang ajar apabila penyewa sebuah rumah teres di Cheras, dekat sini, menjadikan kediamannya sebagai pusat maksiat 'tiga dalam satu' urut, mandi bersama dan seks dengan bayaran RM130, walaupun dikelilingi jiran yang kebanyakannya tinggal secara berkeluarga. Tindakan liciknya menyebabkan kegiatan tidak bermoral yang didakwa dijalankan di rumah dua tingkat itu sejak lebih tiga tahun lalu tidak pernah diserbu pihak berkuasa. Taktik digunakan sindiket itu sungguh berkesan. Bukan sembarangan pelanggan dibenarkan masuk, malah pelanggan tetap sekalipun dihadkan antara lima hingga 10 orang saja sehari bagi mengelakkan operasi mereka dihidu pihak berkuasa. Bertindak atas aduan seorang lelaki yang mendakwa jiran di kawasan perumahan berkenaan, wartawan Metro Ahad menyamar sebagai pelanggan untuk menyiasat kesahihan rumah berahi itu. Terbukti, ia pusat pelacuran didalangi warga tempatan yang menawarkan khidmat wanita Thailand.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/16 |
Bangga miliki nama ‘Malaysia’ Posted: 15 Sep 2012 03:54 PM PDT BERUAS: "Nama saya Siti Zaleha, tapi jiran dan rakan lebih mengenali saya sebagai Siti Malaysia," kata Siti Zaleha Samsuri, 45, isteri kepada pemilik nama unik, Malaysia Mohamad Yusof, 48. Katanya, walau apa dikata orang, dia berbangga dengan nama suaminya, tambahan pula Hari Malaysia disambut 16 September setiap tahun. Menurutnya, dia tidak berdepan masalah dengan nama unik suaminya, sebaliknya mudah dikenali apabila turut digelar Siti Malaysia. "Saya dikenali ramai dengan gelaran itu walaupun ia bukan nama sebenar saya. Hasil perkahwinan sejak 23 tahun lalu, kami dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Muhammad Safuan, 21; Muhammad Afiq, 16, dan Muhammad Amar, 13.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/16 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan