Harian Metro: Setempat |
Posted: 09 Sep 2012 03:04 PM PDT KLANG: Tindakan seorang majikan mengarahkan seorang pekerja warga asingnya menyamar pelanggan warga tempatan di gerai menjual ikan miliknya di Pasar Besar Klang, Jalan Meru, di sini, semalam bagi mengelak ditahan Jabatan Imigresen gagal apabila lakonan lelaki Bangladesh itu tidak menjadi. Padah memaparkan 'lakonan' kaku serta gerak-geri mencurigakan, warga Bangladesh berusia 39 tahun itu ditahan Jabatan Imigresen dalam Ops 6P selepas gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah.
Timbalan Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Selangor, Othman Montil berkata, lelaki Bangladesh itu antara 68 warga asing berusia 22 hingga 45 tahun yang ditahan dalam operasi itu atas pelbagai kesalahan.
"Daripada jumlah itu, 10 wanita warga asing turut ditahan," katanya. Othman berkata, semua yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, lelaki berusia 40-an yang juga majikan seorang daripada pekerja warga asing terbabit disiasat mengikut Seksyen 55B akta sama kerana mengambil orang asing bekerja dengan memiliki pas pekerja sah. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/10 |
Pengusaha pasar malam dinasihat akur notis tutup Posted: 09 Sep 2012 02:59 PM PDT KUALA LUMPUR: Pengusaha pasar malam Kerinchi yang masih menjalankan perniagaan pada setiap Isnin dan Jumaat dinasihatkan supaya akur pada notis arahan tutup dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin berkata, pihaknya dimaklumkan DBKL sudah memberi peluang penangguhan sehingga akhir Ramadan lalu, namun masih ada peniaga yang ingkar terhadap arahan tutup tujuh bulan lalu.
"Malah, notis dan peluang penangguhan juga sudah diberi kepada peniaga. Jadi, ada baiknya mereka akur demi keselesaan penduduk di sini," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Penduduk Flat Empat Tingkat, Kampung Kerinchi, anjuran Suez Domain Sdn Bhd (Suez Domain), di sini, semalam.
Menurut Raja Nong Chik, beliau percaya isu itu hanya sebahagian agenda pihak pembangkang untuk memporak-perandakan rancangan pembangunan kawasan berkenaan. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/10 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan