Harian Metro: Setempat |
Posted: 10 Sep 2012 10:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Hanya bermodalkan ratusan ringgit, sebuah syarikat 'gores dan menang' mengaut keuntungan mencecah RM200,000 sehari hasil penipuan. Mereka menjanjikan hadiah kereta mewah seperti dipamerkan pada kad yang diserahkan kepada mangsa untuk mencuba nasib, bagaimanapun sebaik mangsa menyerahkan wang tunai, mereka menukarkan hadiah kepada tilam jed yang hanya bernilai RM200.
Namun, kegiatan mereka tumpas sebaik pejabat latihan dan stor simpanan di tingkat satu Jalan Kuchai Maju 13, Kuchai Lama, di sini, diserbu pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) jam 12 tengah hari, semalam.
"Hasil serbuan, kami menemui sebuah stor simpanan yang ditempatkan tersorok di belakang almari. Anggota kami mengalihkan almari itu sebelum menemui pelbagai barangan seperti kad gores dan menang, tilam jed, mesin jahit, mesin urut kaki dan dapur elektrik," katanya.
"Sebelum ini KPDNKK sudah menyerbu tiga premis di Bandar Tasik Permaisuri, Sungai Besi dan Kuchai Maju 8 yang dipercayai didalangi kumpulan sama berdasarkan modus operandi dan dokumen yang ditemui," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/11 |
Posted: 10 Sep 2012 10:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Spekulasi berhubung projek pembangunan MY Rapid Transit (MRT) di kawasan Bukit Bintang sehingga terpaksa 'mengorbankan' Plaza Bukit Bintang (BB Plaza) yang dimiliki Uda Holdings Bhd (Uda Holdings) sejak lebih tiga dekad lalu akan diketahui November ini. Ia berikutan syarikat yang ingin mengadakan usaha sama dengan Uda Holdings bagi pembangunan semula BB Plaza, Tradewinds Corporation Bhd (TCB) kini masih dalam kajian untuk meneruskan kerjasama itu.
"Mereka belum memberi maklum balas dan mempunyai masa sehingga November depan sama ada untuk meneruskan kerjasama ini," katanya pada sidang media selepas Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri dan Penyampaian Anugerah Khidmat Setia Ancasa Hotel & Spa di sini, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/11 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan