Harian Metro: Setempat |
Posted: 15 Sep 2012 03:28 PM PDT JITRA: "Arwah berkeras tidak mahu balik kerana ingin habiskan kerja menebas pokok walaupun ketika itu senja. Arwah beritahu adiknya, dia hendak cari duit lebih kerana dalam poketnya hanya ada RM3," kata Abdul Majid Mohd Noh, 62, bapa kepada Nor Azman, 31, yang maut selepas traktor dipandunya terbalik dan menghempap mangsa di Jalan Lahar, Kampung Palas, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 6 petang, mangsa yang bekerja sebagai Pembantu Am di Kolej Kejururawatan, Alor Setar terpaksa menanggung derita sejam sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di pinggang.
"Arwah pergi berdua bersama adiknya untuk membersihkan kawasan hutan di situ dan dia memandu traktor. Sejam kemudian, arwah balik ke rumah untuk mengambil barang alat ganti mesin yang tertinggal sebelum pergi semula ke ladang.
Beliau berkata, adiknya yang berada di situ tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana arwah tersepit di tempat duduk traktor.
"Bagaimanapun, anggota bomba menghadapi kesukaran kerana kenderaan mereka tidak boleh masuk ke hutan berikutan laluan kecil.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/16 |
Posted: 15 Sep 2012 03:25 PM PDT KUALA LUMPUR: Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya di Jalan Peel, Pudu, di sini, rosak akibat cuba dipecah menggunakan alat pengimpal logam oleh sekumpulan perompak, pagi semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, perompak terbabit gagal memecahkan mesin itu yang ditempatkan di tingkat bawah pasar raya berkenaan kerana kejadian disedari pengawal premis, jam 7.30 pagi.
"Mereka gagal mengambil wang kerana panik selepas ATM tidak dapat dipecahkan sebelum beredar," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/16 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan