Harian Metro: Setempat |
Posted: 16 Sep 2012 11:55 AM PDT SUNGAI BULOH: Dua maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Pusat Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), Jalan Sungai Buloh-Subang, di sini, awal pagi semalam. Mangsa, T Jeganathan, 22, dan T Kanikanan, 27, adalah penumpang kereta Proton Wira dan mereka maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Sumber polis trafik berkata, Proton Waja dari Subang itu tidak sempat mengelak dan merempuh bahagian kiri Proton Wira dinaiki mangsa.
Ketua Turus Trafik Selangor, Deputi Superintendan Azmi Mansor mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mangsa, Raja Mohamad Fahmy Izzudin Raja Zulkifli, 21, yang menerima rawatan di Hospital Selayang disahkan meninggal dunia jam 10 pagi, tiga jam selepas kejadian itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/17 |
Lelaki mahu bantu kenalan pengsan dikeroyok Posted: 16 Sep 2012 11:54 AM PDT GOMBAK: Niat untuk membantu pemandu sebuah kereta yang disangka rosak di Lebuhraya Karak bertukar episod malang kepada seorang lelaki apabila dia bukan sahaja di maki hamun, malah dibelasah dua lelaki sehingga pengsan, Jumaat lalu. Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa berusia 37 tahun yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur terserempak sebuah kereta yang berhenti di laluan kecemasan memberhentikan kenderaannya untuk menolong selepas dia mengenali seorang daripada mereka.
"Bagaimanapun, kenalannya itu tidak menyenangi kehadiran mangsa dan memarahi serta menghamburkan kata-kata kesat.
"Malah, pertengkaran mereka bertambah ganas apabila kedua-dua suspek memukul mangsa di kepala dengan objek tumpul menyebabkan dia cedera di kepala.
Menurutnya, suspek melarikan diri selepas terlihat kenderaan lain berhenti untuk membantu mangsa yang berlumuran darah di kepala dan tidak sedarkan diri.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/17 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan