Harian Metro: Setempat |
Duit bayar sewa rumah jadi abu Posted: 17 Sep 2012 03:45 PM PDT SHAH ALAM: "Sedih bila mengenangkan duit sewa rumah berjumlah RM1,000 yang sepatutnya saya bayar kepada tuan rumah beberapa hari lagi hangus terbakar. "Kini, saya terpaksa mengumpul semula duit sewa dan bekerja lebih kuat untuk membayar duit sewa rumah yang sudah dua bulan tertangguh," kata K Ramu, 40, menceritakan kesedihan yang dialami selepas bilik stor di rumahnya di Kampung Jawa, dekat sini, hangus dijilat api, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, dia sekeluarga tiada di rumah kerana keluar untuk membeli barangan keperluan.
Menurutnya, tanpa berfikir panjang, dia segera meninggalkan isteri dan anaknya sementara dia segera berlari ke dalam rumah dengan membawa baldi berisi air kerana mahu memadamkan kebakaran.
"Walaupun terkilan wang dan barangan berharga lain hangus saya bersyukur kerana keluarga selamat," katanya.
Ramu berkata, ini adalah kejadian pertama berlaku sejak mendiami rumah itu kira-kira dua tahun lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/18 |
Tiada kompromi hotel bajet tidak patuhi syarat Posted: 17 Sep 2012 03:43 PM PDT KUALA LUMPUR: Masalah berkaitan permit pekerja menjadi antara punca utama hotel bajet di dalam kawasan seliaan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) enggan memperbaharui lesen perniagaan mereka. Yang Dipertua MPS, Datuk Zainal Abidin Aala berkata, selain masalah itu, pekerja hotel didapati gagal memenuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa, malah ada di antaranya menyalah guna pas lawatan sosial.
"Terdapat lebih 50 hotel bajet sekitar kawasan MPS dan kami menerima aduan beberapa hotel bajet beroperasi secara haram, namun kami yakin masalah ini diatasi memandangkan penguatkuasaan dilakukan semakin kerap dengan kerjasama beberapa pihak lain termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Katanya, setiap hotel ditetapkan untuk mempunyai buku daftar keluar masuk pelanggan bagi memudahkan pemeriksaan dilakukan kelak.
"Amaran akan diberikan pada peringkat pertama dan diikuti dengan kompaun sebanyak RM1,000 sekiranya pemilik masih gagal dan jika masih berdegil tindakan lebih tegas akan dikenakan di mana premis perniagaannya akan disita," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/18 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan