Harian Metro: Setempat |
Posted: 03 Sep 2012 01:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Hasil menjadi perancang utama sindiket penyeludupan dadah menggunakan keldai dadah terdiri daripada wanita tempatan dan warga asing, seorang lelaki rakyat Nigeria dikesan mampu memiliki hotel sendiri di negara asalnya selain menginap di banglo dan menggunakan beberapa kereta mewah di Malaysia. Lelaki berusia 31 tahun yang diburu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sejak lebih enam bulan lalu itu diberkas di Lukut, Negeri Sembilan, Sabtu lalu selepas polis mendapat maklumat hasil beberapa serbuan dan tangkapan dilakukan sejak 27 Ogos lalu membabitkan nilai rampasan dadah berjumlah RM7 juta.
"Jumlah tangkapan seramai sembilan suspek berusia 25 hingga 38 tahun termasuk ketua sindiket terbabit iaitu lima lelaki dan seorang wanita warga Nigeria, seorang lelaki warga Iran serta masing-masing seorang wanita warga Zambia dan seorang lagi wanita tempatan.
"Sindiket dadah antarabangsa itu sudah beroperasi lebih daripada enam bulan dengan melakukan kegiatan menyeludup dan menjadikan Malaysia sebagai transit terutama dadah jenis syabu sebelum diedar untuk pasaran tempatan dan beberapa negara lain di Eropah, Asia dan Amerika Selatan.
Sementara itu, dalam kes berasingan kelmarin, Noor Rashid berkata, pihaknya menahan sepasang suami isteri dan anak perempuannya berusia 18 tahun serta warga Iran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan merampas syabu seberat 2.4 kilogram.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/04 |
Posted: 03 Sep 2012 11:45 AM PDT SHAH ALAM: Akibat marah dan bengang apabila cuba dirompak, dua lelaki nekad mengejar perompak terbabit sebelum merempuh kereta penjenayah terbabit dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Subang Jaya, Rabu lalu. Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, mangsa bersama majikannya pergi stesen minyak berkenaan untuk mengisi petrol terkejut dengan kehadiran dua lelaki tempatan menaiki Perodua Myvi yang kemudian mengacukan objek dipercayai pistol terhadap mereka.
Katanya, kedua-dua suspek berusia 25 dan 43 tahun itu mengarahkan mangsa menyerahkan dompet dan wang, namun membatalkan hasratnya apabila majikan mangsa melihat ke jadian itu.
Beliau berkata, mangsa merempuh bahagian belakang kereta suspek sehingga hilang kawalan lalu terbabas di tepi jalan sebelum kedua-dua mereka keluar dari kereta dan melarikan diri.
"Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui satu objek dipercayai sepucuk pistol mainan, lampu suluh, telefon bimbit dan sebuah beg dalam kereta suspek.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/04 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan