Selasa, 16 Oktober 2012

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Pocong tanah kubur

Posted: 15 Oct 2012 04:26 PM PDT

JOHOR BAHRU: Seorang pengamal perubatan tradisional tercampak sejauh tiga meter ketika cuba mengambil objek seakan-akan pocong yang dicampak di depan rumah Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Pandak Ahmad, 49, di Taman Mutiara Rini, di sini, semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, selepas membaca ayat suci al-Quran selama beberapa minit baru pengamal perubatan Islam terbabit berjaya mengangkat objek yang dipercayai menjadi medium ilmu hitam itu.

"Saya tidak menyangka sihir digunakan terlalu kuat sehingga tubuh saya boleh tercampak," kata pengamal perubatan berusia 50-an itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz.

Menurutnya, selepas mengangkat objek sepanjang 45 sentimeter itu dan melakukan pemeriksaan, ia didapati penuh dengan serbuk pewarna merah, dicucuk jarum dan tulisan Siam.


Katanya, objek pocong itu dipercayai diisi menggunakan tanah kubur dan diwarnakan merah melambangkan darah manakala tulisan Siam yang tertera adalah sebahagian mantera.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/16


‘Saya malu...’

Posted: 15 Oct 2012 04:26 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ketika berdebar menunggu tarikh pernikahan yang dijangka berlangsung pada Sabtu ini, pelakon Mohd Nazim Atim atau Qazem Nor, 38, dan pasangannya, Nor Azuriana Amirudin atau Embun, 28, terpaksa berhadapan pula masalah pembatalan saat akhir majlis resepsi perkahwinan mereka oleh penaja.

Qazem yang ditemui di Balai Berita semalam berkata, dia meminta maaf kepada semua pihak yang sudah menerima kad undangan daripadanya di atas pembatalan majlis resepsi yang mendapat penajaan penuh Mawex Sdn Bhd yang merancang penganjuran program Malaysia Wedding Expo 2012.


"Mengikut perancangan, majlis persandingan saya dan Embun akan berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MIECC) di The Mines Resort City, Selangor sejurus selepas pernikahan kami pada 20 Oktober nanti. "Pun begitu, ia tiba-tiba dibatalkan pihak penaja di saat akhir.

"Saya dihubungi penaja jam 6.30 petang, 12 Oktober lalu memaklumkan mereka membatalkan segala penajaan pakej perkahwinan yang dijanjikan itu dengan alasan tidak cukup wang untuk menampung segala kos ekspo termasuk majlis persandingan disebabkan tiada sambutan pada penjualan gerai.


"Saya sangat kesal, kecewa dan tidak berpuas hati dengan apa yang mereka lakukan dan berasa sangat tertipu. "Sebagai selebriti, maruah saya dijatuhkan berikutan majlis pernikahan pun semakin hampir dan kad undangan juga sudah diedarkan. Jadi, ia mendatangkan masalah cukup besar kepada saya.


"Tidak sepatutnya mereka berbuat seperti ini kerana bukan saya yang meminta penajaan itu. Sebaliknya, mereka yang datang kepada saya. Malah, atas persetujuan lisan dibuat, mereka juga memilih saya sebagai duta untuk program Malaysia Wedding Expo 2012 itu dan akan menaja keseluruhan majlis persandingan.

"Selain itu, mereka juga menjanjikan saya pakej bulan madu ke Bali," katanya memaklumkan pernah hadir di majlis sidang media diadakan penaja terbabit berhubung pelantikannya sebagai duta dan penganjuran program Malaysia Wedding Expo 2012 di MIECC pada 18 Julai lalu dan artikel mengenainya disiarkan di akhbar New Straits Times pada 27 Julai lalu.


Menurut Qazem lagi, bagi tindakan selanjutnya berupa tuntutan saman kepada pihak berkenaan, dia sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Pudu, pada 14 Oktober lalu. Malah, Qazem juga sudah mengadakan pertemuan dengan pihak Seniman dan sidang media berhubung perkara ini akan dibuat esok di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), jam 3 petang.

Sehubungan itu, Qazem berkata, tarikh majlis persandingannya ditunda awal November nanti. Katanya, tindakan undang-undang diambil sebagai pengajaran kepada pihak penganjur yang tidak bertanggungjawab dan menjadikan selebriti sepertinya mangsa masalah dihadapi.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/16


Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved