Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 16 Oct 2012 03:52 PM PDT IPOH: Kecanggihan aplikasi di dalam telefon bimbit masa kini disalahgunakan segelintir remaja untuk membaca cerpen lucah lengkap bergambar dari Indonesia dengan bayaran langganan RM17 seminggu. Mendedahkan aktiviti tidak bermoral itu, seorang pelajar dikenali sebagai Rosli, 15, berkata, dia dan ramai rakan kini seronok, malah ada yang mula ketagih membaca cerpen lucah dari negara jiran itu. Menurutnya, ada ratusan cerpen lucah boleh dilayari dan dibaca dengan mudah menerusi skrin telefon bimbit yang setiap satu turut memaparkan gambar pornografi wanita dari negara berkenaan. "Dengan bayaran Internet RM17 seminggu, tidak sukar untuk memasuki laman web menawarkan bahan bacaan lucah itu kerana pautannya boleh dicapai dengan perkataan tertentu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/17 |
Posted: 16 Oct 2012 03:51 PM PDT KOTA BHARU: "Saya baru saja mahu mengisi minyak kenderaan sebelum terdengar bunyi tembakan beberapa kali. Disebabkan panik, saya tidak sempat berfikir atau melihat apa-apa," kata Ong Sok Cha, 48, saksi kejadian samun dan tembak di sebuah stesen minyak di Jalan Kebun Sultan, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 7.45 malam itu, seorang peniaga berbangsa Siam luka di bahagian kanan kepala dan lengan selepas terkena tembakan dilepaskan seorang suspek. Mangsa, Samnuan Sunnuan, 21, dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), untuk rawatan lanjut dan keadaannya kini dilaporkan stabil. Kejadian itu dikatakan berlaku apabila mangsa bersama rakan wanitanya, Lee Win Dee, 20, singgah di stesen berkenaan untuk mengisi minyak kereta Perodua Myvi sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang membawa sepucuk pistol dan memasuki kereta itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/17 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan