Sabtu, 6 Oktober 2012

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Dendam nak sebar sifilis

Posted: 05 Oct 2012 02:46 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Daripada sakit sendirian, biar semuanya sakit," kata Chi, 16, gadis Vietnam penghidap penyakit kelamin kronik yang dieksploitasi sebagai pekerja seks selepas diperangkap sindiket pelacuran.

Berkongsi kisah hitamnya dengan Harian Metro, Chi mendakwa dia dipaksa menjadi pekerja seks di Malaysia selepas terperangkap dengan janji manis sindiket pelacuran yang menawarkan pekerjaan sebagai model atau kerani dengan bayaran mencecah RM3,000 sebulan.

Menurutnya, sejak dipaksa menjadi pekerja seks, dia mula berdendam dengan lelaki dan hanya berpura-pura gembira ketika melayani mereka di ranjang.

"Jika tidak berbuat demikian, saya dipukul bapa ayam. Jadi, mahu tidak mahu, saya terpaksa layan mereka," katanya memberitahu dia turut dipaksa mengambil ubat yang membolehkannya melayan 10 lelaki dalam satu malam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/06


‘Tak rela berpisah’

Posted: 05 Oct 2012 02:43 PM PDT

KOTA BHARU: Seorang warga emas yang lumpuh, buta dan hidup dalam kedaifan bertekad untuk terus menjaga anak lelakinya yang juga orang kurang upaya (OKU) berusia 57 tahun, walaupun anaknya itu pernah ditawarkan untuk ditempatkan di pusat perlindungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Esah Mohd Yusof, 89, berkata dia tidak sanggup berpisah dengan anaknya, Zulkifli Mohd Nor, yang tidak mampu bergerak sejak lahir kerana bimbang tiada sesiapa yang mahu menjaga zuriatnya itu. "Saya tidak akan meninggalkan Zulkifli kerana sayangkannya. Jika hendak bawa anak saya ke pusat perlindungan, bawa saya sekali kerana saya tidak sanggup berpisah dengannya.


"Walaupun hidup dalam kemiskinan, saya tidak rela melihat anak saya bersendirian. Walau apa pun berlaku, biarlah kami susah bersama," katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini, baru-baru ini.

Menurut Esah, dia mempunyai empat anak, namun dua daripadanya sudah meninggal dunia dan kini tinggal bersama Zulkifli, manakala seorang lagi anaknya bekerja di luar Kelantan.


"Untuk menampung hidup, saya menggunakan wang bantuan daripada JKM dan pencen arwah suami berjumlah RM400 sebulan.


"Wang berkenaan tidak mencukupi dan saya sering mengharapkan ihsan jiran yang kerap memberi makanan," katanya.

Esah berkata, dulu ada wanita yang diupah menjaganya dan anaknya tetapi wanita itu menipunya dengan mengambil wangnya untuk kegunaan sendiri, malah menggunakan namanya untuk pendaftaran talian telefon sehingga bil mencecah RM600 sebulan.


"Ketika itu, semua wang saya habis digunakan oleh wanita itu sehingga dia pernah mengurung kami di dalam rumah tanpa memberi makanan, namun nasib baik ada jiran yang prihatin menolong kami.

"Wanita itu melarikan diri dengan membawa bersama barangan berharga di dalam rumah, malah MyKad dan kad bank saya turut dicuri.


"Tanpa MyKad, saya tidak dapat memohon apa-apa bantuan yang disediakan kerajaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/06


Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved