Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 08 Oct 2012 04:15 PM PDT SUBANG JAYA: Empat jam menjadi tempoh amat lama dan penuh sengsara bagi seorang wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar selepas 'diculik' ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, di sini. Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira. Sumber polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arah mangsa sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi belakang kereta dinaiki mereka. "Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/09 |
Posted: 08 Oct 2012 04:15 PM PDT MASJID TANAH: "Arwah sempat mencium pipi saya bertalu-talu dalam keadaan tergesa-gesa tanpa menjamah sarapan dan memberitahu sudah terlambat menghadiri kuliah," kata Rosnah Sulong, 59, ibu kepada Nurul Nabilah Daud, 18, yang terbunuh dalam kemalangan di Kampung Durian Daun, di sini, semalam. Kejadian jam 8 pagi itu berlaku ketika mangsa yang masih menuntut di Kolej Komuniti Masjid Tanah itu dalam perjalanan ke kolej terbabit.
Motosikal mangsa yang dipercayai terseret bertembung dengan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback dinaiki dua pekerja kontrak menyebabkannya meninggal dunia di tempat kejadian.
"Saya tidak sangka ia ungkapan terakhir dan petanda dia mahu pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
"Saya terkejut apabila melihat motosikal mangsa terbabas akibat jalan licin dan terjatuh sebelum terseret di laluan bertentangan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/09 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan