Rabu, 31 Oktober 2012

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Ceria di musim luruh

Posted: 31 Oct 2012 08:35 AM PDT

SOLEKAN musim luruh dan di awal musim sejuk biasanya menampilkan wajah semula jadi atau sedikit suram. Tidak terlalu menonjol, malah penggunaan rona untuk pembayang mata, pemerah pipi dan gincu juga lebih lembut berbanding berakhirnya musim sejuk.

Biarpun wajah kelihatan biasa, ia banyak menggunakan teknik membentuk pada bahagian muka untuk tampil sempurna walaupun tanpa mengenakan rona terang.

Menurut jurusolek, Jamina Jamaluddin, kebiasaannya solekan berkonsepkan musim luruh dan sejuk ini dikaitkan dengan penampilan ala Korea.

"Kebanyakan mereka memiliki mata sepet dan solekan dapat membantu memberi kesan mata lebih besar yang diinginkan oleh wanita agar tampil menawan.


"Walaupun mekap yang digayakan tampak ringkas, mereka menggunakan kelebihan dalam solekan untuk menekankan bahagian mata yang lebih galak berbanding biasa," katanya.


Bagi menampilkan mata galak, teknik solekan jenis smokey sangat sesuai digunakan untuk menekankan kesempurnaan penampilannya.

Penting untuk lebihkan sedikit calitan celak hingga ke bahagian hujung bagi memberi kesan mata yang lebih besar untuk mereka yang memiliki mata sepet.

Selain menggunakan bedak asas pada bahagian mata, teknik gabungan rona berbeza juga dapat menonjolkan kreativiti wanita yang mengenakan solekan.

"Berani mencuba selain memadankan rona sesuai boleh dilakukan dalam solekan untuk menyerlahkan penampilan.

"Namun, campuran rona berlainan seeloknya tidak melebihi daripada tiga warna untuk mengelakkan penampilan menjadi pelik," nasihatnya kepada mereka yang baru pertama kali melakukan solekan sendiri.

Kebiasaannya, pembayang mata rona lembut dipakai di seluruh kelopak mata manakala warna gelap hanya disapu pada bahagian hujung kelopak mata.

Ambil pembayang mata yang berkilat untuk dipakai di bahagian tengah kelopak mata bagi melengkapkan penampilan solekan yang menawan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/31


Gabungan lautan, spa

Posted: 31 Oct 2012 07:57 AM PDT

BAGI mereka yang tidak berpeluang ke spa, anda masih boleh melakukan aktiviti itu di rumah.

Jenama Crabtree & Evelyn tampil dengan produk rawatan spa iaitu La Source bagi membantu wanita membersihkan diri mereka dalam keadaan tenang walaupun hanya dilakukan di rumah.

Produk ini menggabungkan dua faedah lautan dan suasana di spa untuk dinikmati pengguna di ruangan peribadi mereka. Ini termasuk syampu, perapi rambut, losen badan dan tangan serta gel mandian.

La Source mengandungi alga laut, rumpai laut dan garam laut yang membenarkan anda merasai pengalaman di laut walaupun hakikatnya berada di rumah. Selain mudah digunakan, ia juga senang dibawa ke mana saja termasuk ketika bercuti.


Jenama terbabit juga secara rasmi membuka kedai konsep utamanya yang baru dan terbesar di Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Diilhamkan daripada kekayaan warisan dan tradisi jenamanya, kedai konsep ini memberi penghormatan kepada sentuhan gaya Inggeris yang menjanjikan penelitian menyeluruh terhadap kualiti, perincian dan seni bina kontemporari, untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah dan mengenali jenama berkenaan.

Pelanggan boleh menyelami rangkaian produk Crabtree & Evelyn yang memenangi pelbagai anugerah apabila melawat kedai konsep baru ini.

Antaranya ialah La Source, Gardeners dan Evelyn Rose terbaru yang menawarkan produk rawatan spa, penjagaan tangan dan wangian, seperti terapi untuk tangan, losen badan, krim badan, wangian badan dan wangian lilin.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/31


Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved