Harian Metro: Setempat |
Posted: 15 Oct 2012 04:06 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang telefonis Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Kuala Lumpur Bandar di Wisma Kumpulan Wang Simpanan Guru-Guru (KWSG), Kampung Attap, di sini, menggigil sebaik menerima panggilan menyatakan ada bom untuk meletupkan bangunan itu jam 10.30 pagi, semalam. Panggilan bom palsu yang dibuat seorang lelaki jam 9 pagi itu menyebabkan lebih 300 kakitangan di bangunan 21 tingkat terbabit diarah keluar.
"Saya diberitahu pemanggil terbabit memberitahu dia benci LHDN dan sudah meletakkan lima bom dalam bangunan yang akan meletup tepat jam 10.30 pagi.
"Telefonis itu memaklumkan kepada pegawai keselamatan lalu menghubungi saya yang ketika itu sedang bermesyuarat di Wangsa Maju. Saya arahkan beliau menghubungi polis dan minta kakitangan kosongkan bangunan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.11 pagi dan sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/16 |
Buru penyamun dapat 8 berpesta dadah Posted: 15 Oct 2012 04:03 PM PDT BRICKFIELDS: Polis yang menyerbu sebuah hotel di Jalan Kuchai Maju, di sini, minggu lalu, bagi menahan seorang lelaki yang terbabit kes pecah rumah, turut menahan lapan lagi, termasuk dua wanita ketika semua mereka asyik berpesta dadah dalam bilik hotel berkenaan. Berikutan penahanan itu, seorang lagi wanita ditahan di rumahnya di Keramat, dekat sini, kerana dipercayai menyimpan barang curi hasil pecah rumah lelaki terbabit yang disembunyikan dalam sebuah bilik di rumah berkenaan, sehari kemudian.
Bagaimanapun, ketika serbuan, ada enam orang lagi termasuk dua wanita yang semua mereka asyik berpesta dadah.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/16 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan