Harian Metro: Setempat |
Posted: 02 Oct 2012 11:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Tidak puas hati dengan perkhidmatan bas percuma Go KL yang didakwa menyebabkan kemerosotan pendapatan sehingga 70 peratus, lebih 250 pemandu teksi bertindak mengadakan mogok di Jalan Bukit Bintang, petang semalam. Himpunan secara aman itu bermula kira-kira jam 2 petang hingga 7.30 malam membabitkan sekitar kawasan pusat beli-belah Pavillion hingga ke Lot 10. Perbuatan pemandu terbabit yang kebanyakannya ahli Persatuan Pemandu Teksi Bestari Kuala Lumpur menyebabkan kawasan di sekitar Bukit Bintang sesak teruk apabila laluan digunakan untuk melakukan bantahan itu terpaksa ditutup. Berdasarkan laporan polis yang dibuat persatuan itu kelmarin, perhimpunan juga dibuat sebagai bantahan terhadap masalah ulat teksi 'Arab' dan perkhidmatan teksi sapu serta beberapa tindakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mereka anggap menekan pemandu teksi berlesen.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Assisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian mogok terbabit mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA) kerana berhimpun tanpa permit dan menyebabkan kesesakan selain mengganggu ketenteraman awam. Difahamkan wakil persatuan dan pemilik teksi akan mengadakan rundingan dengan pihak SPAD di pejabat suruhanjaya berkenaan hari ini. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/03 |
Posted: 02 Oct 2012 11:36 AM PDT KAJANG: Bimbang jejak mereka dikesan polis selepas menyedari terdapat alat sistem pengesanan global (GPS) dalam kereta yang disamun, tiga lelaki nekad meninggalkan kenderaan itu di tepi jalan di Subang Bestari, Shah Alam bersama pemiliknya yang diikat, Ahad lalu. Difahamkan, mangsa yang berusia 30 tahun sebelum itu disamun kumpulan lelaki terbabit di tempat letak kereta di rumahnya di Jalan Bukit Mewah, Kajang sebelum dibawa bersama menaiki kereta berkenaan.
"Seperti biasa, suami menghubungi saya memberitahu sudah berada di tingkat bawah meminta saya membuka pintu.
Shida yang kini tinggal bersama keluarga mentuanya berkata, suaminya disamun tiga lelaki yang sudah sedia menunggu di tempat letak kereta sebelum menyerang dan memukul mangsa.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/03 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan