Jumaat, 16 November 2012

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Guna unsur lembut warna, fabrik

Posted: 16 Nov 2012 06:19 AM PST

DARIPADA gemerlapan kaftan, kemudian dipermodenkan kepada pakaian koktel yang lebih kasual menjadi inspirasi pereka tersohor Eric Choong dalam menterjemahkan rekaan terbarunya.

Ilham daripada mitologi Yunani, semua himpunan ini diambil daripada kisah menarik dewi Yunani yang menggambarkan personaliti serta kejelitaan mereka. Ia hadir apabila melihat wanita moden hari ini begitu mementingkan penampilan serta keyakinan diri.

Oleh itu, Choong ingin melanjutkan metafora kuasa mitos dewi Yunani di luar kehidupan mereka. Maka terhasillah rekaan gaun yang elegan dan mampu menyerlahkan sisi berbeza si pemakai.

Koleksi ini menggunakan unsur lembut sama ada daripada segi warna dan fabrik.

Dia menggunakan sutera sifon dan tafetta sebagai fabrik utama digabungkan dengan satin, organza dan renda sebagai pelengkap pada helaian polos.

Pereka ini menyelitkan pengaruh Yunani pada rekaan gaun berpotongan empayar, lipatan kain, bahu jatuh dan kain kembang dengan perhiasan bunga pada bahagian hadapan baju, reben pada bahu serta gemerlapan batu permata pada leher dan dada. Setiap helaian dipermodenkan menjadi lebih unik menerusi lapisan dan alunan jatuh pada kain menggunakan fabrik tambahan seperti renda dan organza.

"Sesuai untuk wanita tinggi lampai, keistimewaan rekaan bukan saja pada potongan yang terletak cantik pada tubuh si pemakai, tetapi menerusi perincian manik serta jalinan tali pinggang.

"Bagi menambah gaya elegan wanita, rekaan bunga zaitun dipakaikan pada rambut bagi menggambarkan keamanan dan kemakmuran semua," katanya.

Palet merah dipilih pada gaun petang bagi melambangkan semangat, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan serta ciri-ciri yang wujud pada dewi. Bagi menambah sentuhan kemewahan dan kilauan, setiap padanan dihiasi perincian swarovski yang pastinya menambah gaya elegan serta memberi nafas baru ke dalam tafsiran reka bentuk klasik dan moden.

Jahitan manik diletakkan pada bahagian tertentu seperti leher dan dada bagi menyempurnakan rekaan manakala fabrik daripada dua ton warna menambah keunikan tersendiri.

"Sengaja saya menambah perincian manik pada fabrik polos bagi menonjolkan keunikan potongan serta menambah aura apabila dipakai untuk sebarang majlis.
Saya yakin kemeriahan pakaian akan menyerlah apabila tambahan unsur perhiasan diberikan pada baju. Malah wanita yang memakainya akan tampil anggun dan berada dalam kelas tersendiri," jelasnya.

Sebagai memberi penghormatan kepada keindahan dan kekuatan dewi Yunani, Choong menamakan setiap gaun dengan nama unik seperti Artemis, Hestia, Hemera, Iris, Phoebe, Asteria, Aura dan Selena yang semuanya membawa maksud tersendiri.

Setiap padanan sesuai untuk gaya koktel serta menghadiri majlis makan malam.
Bagi mereka yang ingin bergaya moden, boleh memilih untuk dipakai pada hari perkahwinan yang sesuai dilangsungkan di taman.

Layari laman sesawang www.ericchoong.com atau kunjungi butik Eric Choong Kuala Lumpur di Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, Kuala Lumpur. Ia dibuka setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 11 pagi hingga 8 malam manakala Sabtu dari jam 11 pagi hingga 6 petang.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/16


Kasut bau gula-gula getah

Posted: 16 Nov 2012 05:15 AM PST

TERKENAL dengan keunikan bau manis, rekaan kasutnya yang moden dan fleksibel dicipta untuk digayakan sepanjang hari bagi memberi keselesaan berpanjangan.

Bau manis seperti gula-gula getah itu membangkitkan semangat si pemakai menggayakan kasut berjenama Melissa ini.

Ia dikatakan selesa dan membantu kaki bernafas dengan baik bagi mengelakkan alahan atau menyebabkan kaki berbau jika dipakai terlalu lama.

Begitulah uniknya rekaan koleksi kasut Melissa yang dicipta kreatif dan ceria itu, malah kini tidak perlu bersusah payah untuk ke Brazil, Amerika Syarikat, Australia, Jepun atau Indonesia mendapatkan koleksi kasut ini.


Ini kerana kasut yang dikenali dengan rekaan dan teksturnya yang berbau manis itu kini boleh diperoleh di Malaysia selepas butik konsep jenama terbabit dibuka di pusat beli-belah 1 Utama, baru-baru ini.


Pengarah Eksekutif MDreams Malaysia, Hon Kar Sing berkata, koleksi kasut berkenaan memasuki pasaran Malaysia kerana mahu memberi peluang kepada pencinta fesyen di negara ini merasai keistimewaan rekaannya.

"Apabila pencinta kasut mengunjungi butik ini, kami mahu mereka tahu pengguna juga sebahagian daripada trend fesyen ceria yang diperkenalkan dan berhak merasainya.

"Mereka akan bergaya dengan sepasang kasut jenama ini dan berasa seperti seorang bintang yang baru lahir," jelasnya pada majlis pelancaran butik konsep yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif MDreams, Hu Sau Keong.

Bekerjasama dengan label terkenal dalam pembuatan kasut seperti Vivienne Westwood, Jean Paul Gaultier, Jason Wu dan Alessandra Ambrosio, koleksinya digilai pencinta kasut jenis jeli.

Koleksi kasut baji, tumit dan tapak rata yang ringan, kuat serta tahan lama itu dihasilkan menerusi rekaannya yang menggunakan teknologi lapik di bahagian dalam.

Menggunakan material kanvas, baldu atau PVC lembut di bahagian lapik kasut, ia bertujuan memberi keselesaan maksimum.

Melalui teknologi yang digunakan seperti Melflex, ia memberi keselesaan berpanjangan kepada pemakai menggunakan plastik tiruan (termoplastik) pada setiap koleksinya.

Tidak berganjak daripada prinsipnya untuk menyerlahkan penampilan dan melahirkan penampilan tersendiri si pemakai, ia juga membantu menonjolkan gaya lebih santai kepada penggemar fesyen.

Didatangkan terus dari Brazil, butik konsep MDreams menampilkan gaya fesyen baru yang eksklusif, ceria dan menawan untuk membawa penggemar kasut jenis jeli yang direka unik, ceria, selesa serta ikonik.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/16


Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved