Rabu, 21 November 2012

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Ilham anak tempatan

Posted: 21 Nov 2012 02:04 PM PST

IA comel, unik dan ceria yang berfungsi sebagai penutup makanan, minuman, pelapik dan menggulung kain napkin. Ia menceriakan meja makan, menjadikan meja tampil berbeza dan tradisional. Suatu idea yang melambangkan ciri tempatan.

Semuanya dihasilkan daripada rotan. Idea yang ditampilkan bukan sekadar rekaan biasa, tetapi dianyam supaya terserlah pada pandangan, malah cara anyamannya juga dipelbagaikan.

Terserempak kraf rotan ini hati terus terpikat kerana fungsinya di samping reka bentuknya yang kreatif, malah lebih menarik apabila dihasilkan anak tempatan.

Tudung saji mini memang baru di pasaran dan ini disahkan Alia Nabila Yusof, 22, pelajar lulusan diploma Seni Kraf Hutan daripada Institut Kraf Negara.


Menurut anak kelahiran Guar Cempedak, Kedah ini, idea awal bermula pada peperiksaan akhir 2012 apabila pelajar diberi soalan membuat tudung saji bertemakan hotel. Dari situ, segala ilham berkembang.


Menurutnya, kursus yang dipelajarinya dan rakan di Institut Kraf Negara sangat menarik. Bagi kursus pilihannya, pada peringkat awal mereka diajar membuat bakul asas dan selepas tiga setengah tahun, mereka diajar pula kemahiran membuat kerusi.

"Pengalaman mempelajarinya memang sukar, tetapi apabila sudah mahir, segala-galanya menjadi mudah," kata Alia yang mahu menjadi usahawan.

Alia adalah anak kelima daripada lapan beradik manakala ayahnya sudah bersara dan ibunya berniaga sendiri.

"Apa yang kami hasilkan ini sesuai untuk kegunaan hotel, restoran dan spa berciri tradisional. Setiap rekaan ada konsep dan motif tersendiri.

"Contohnya motif bunga, alam semula jadi dan hidupan laut," katanya.

Alia menunjukkan sebuah tudung saji mini yang bertemakan ikan. Memang memberi kelainan daripada tudung saji yang biasa dilihat selama ini.

Cerita Alia, proses pembuatan produk rotan mereka dimulakan dengan membuat tapak diikuti dengan membuat tiang bagi membentuknya. Kemudian barulah ia dianyam, namun sebelum itu proses mewarna perlu dilakukan.

"Warnakan rotan dulu mengikut kesukaan dan tema yang diingini. Caranya, didihkan air kemudian masukkan dylon dan garam. Kegunaan garam pula bagi mematikan warna, setelah itu jemur dan keringkan," katanya.

Rotan yang digunakan ialah rotan yang sudah diproses dan diambil bahagian pulurnya saja kerana ia halus dan lembut.

"Proses awal semuanya mesti direndam di dalam air terlebih dulu untuk melembutkannya. Apabila rotan lembut, ia dapat mengelakkan tangan daripada sakit ketika proses menganyam malah lebih senang membentuk dan menganyamnya.

"Untuk tudung saji mini, kira-kira tujuh tudung saji boleh disiapkan dalam masa sehari," katanya.

Tudung saji rotan yang dihasilkan Alia dan rakan-rakannya digunakan untuk menutup makanan yang tidak besar seperti satu jenis makanan dan air saja.

"Ia memang sesuai untuk kegunaan restoran atau membuat penghantaran ke bilik di hotel," katanya.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh menghantar e-mel kepada eimah85@gmail.com.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/21


Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved