Rabu, 7 November 2012

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Bergaya tapi sederhana

Posted: 07 Nov 2012 08:25 AM PST

TIDAK perlu bersolek tebal apabila menghadiri majlis makan malam apatah lagi jika kehadiran sekadar memenuhi jemputan kerana apa yang penting disenangi rakan semeja yang lain.

Tetapi, masih ramai wanita yang gelisah memikirkan solekan berpadanan dengan jenis pakaian serta penampilan diri agar tidak kelihatan janggal di mata umum.

   
  • Foto

    SEBELUM...wajah Zaete sebelum mengenakan mekap.

  • Foto

    LUKIS...bentukkan bibir menggunakan penggaris bibir dan pakaikan gincu berwarna terang untuk lebih menyerlah.

  • Foto

    MENONJOL...bagi memberikan ilusi pipi lebih tirus, gunakan kaedah pembayang menggunakan pembayang pipi kuning gangsa. Letakkan satu persatu - satu lapisan dan ditambah satu lapisan lagi agar warnanya sekata.

  • Foto

    SAPU...sebelum bermekap, penting untuk meletakkan sapuan asas seperti penyegar kulit, kemudian bedak asas dan bedak kompak.

  • Foto

    UKIR...gunakan celak berwarna coklat untuk mengukir alis. Elak penggunaan celak berwarna hitam supaya wajah tidak kelihatan garang.

  • Foto

    WARNA...sapu kelopak mata menggunakan asas warna pembayang mata terlebih dulu, kemudian gunakan celak warna gelap pada bahagian hujung mata. Untuk kesan lebih menyerlah, gunakan celak pada bahagian atas dan bawah kelopak mata.

  • Foto

    WARNA...sapu kelopak mata menggunakan asas warna pembayang mata terlebih dulu, kemudian gunakan celak warna gelap pada bahagian hujung mata. Untuk kesan lebih menyerlah, gunakan celak pada bahagian atas dan bawah kelopak mata.

  • Foto

    PAKAI...pakaikan bulu mata palsu. Untuk pemakaian bulu mata palsu yang cantik dan terletak, jangan mendongak ke atas, pastikan mata sentiasa memandang ke bawah. Ratakan warna pembayang mata. Untuk riasan mata lebih menonjol, gunakan celak berwarna hijau kebiruan pada bahagian atas dan bawah dalam mata.

  • Foto

    PAKAI...pakaikan bulu mata palsu. Untuk pemakaian bulu mata palsu yang cantik dan terletak, jangan mendongak ke atas, pastikan mata sentiasa memandang ke bawah. Ratakan warna pembayang mata. Untuk riasan mata lebih menonjol, gunakan celak berwarna hijau kebiruan pada bahagian atas dan bawah dalam mata.

  • Foto

    PAKAI...pakaikan bulu mata palsu. Untuk pemakaian bulu mata palsu yang cantik dan terletak, jangan mendongak ke atas, pastikan mata sentiasa memandang ke bawah. Ratakan warna pembayang mata. Untuk riasan mata lebih menonjol, gunakan celak berwarna hijau kebiruan pada bahagian atas dan bawah dalam mata.

  • Foto

    LUKIS...bentukkan bibir menggunakan penggaris bibir dan pakaikan gincu berwarna terang untuk lebih menyerlah.

Disebabkan terlalu ingin kelihatan sempurna, adakalanya wanita terbabit memilih menggayakan mekap yang agak keterlaluan bersama pilihan busana sarat hingga menjejaskan penampilan diri.

Tidak salah untuk bergaya, tetapi biarlah secara bersederhana agar nampak tidak canggung dan memberi keselesaan pada diri dan rakan di persekitaran.


Untuk solekan pada sebelah malam, seseorang itu perlu memberi penekanan pada penggunaan warna yang lebih terang dan menyerlah bersesuaian dengan keadaan persekitaran.


Penekanan pada bahagian mata menggunakan pembayang mata hijau kebiruan pasti menyerlahkan lagi gaya solekan.

Tip untuk tampil menawan:

Jangan keterlaluan

Tidak perlu mengenakan solekan keterlaluan untuk kelihatan cantik kerana ia akan mencacatkan penampilan diri.

Elakkan daripada memakai penggaris mata yang terlalu gelap dan tebal kerana anda kelihatan keterlaluan dan merosakkan solekan.

Selain itu, pemakaian maskara juga perlu bersesuaian dengan mata kerana jika menggunakannya terlalu banyak, ia menyebabkan bulu mata kelihatan seperti bulu mata palsu.

Penggunaan bedak asas perlu disesuaikan dengan warna kulit muka. Jika tidak, wajah kelihatan terlalu gelap atau terlalu cerah daripada warna sebenar kulit.

Mengenakan gincu dengan betul

Gincu perlu disesuaikan dengan bentuk bibir dan warna kulit. Bagi memastikan sapuan gincu kelihatan cantik, gariskan bibir dengan penggaris bibir agar ia terbentuk sempurna dan pastikan garisan bibir terbabit tidak kelihatan.

Jangan mengenakan garisan di luar bibir jika mahu bibir kelihatan tebal kerana ia akan kelihatan tidak semula jadi.

Sesuaikan solekan dengan majlis dihadiri

Menghadiri sesuatu majlis atau aktiviti memerlukan anda mengenakan solekan berbeza. Oleh itu, penting untuk membuat penggayaan mekap yang betul bagi mengelakkan diri kelihatan pelik.

Selain itu, harus juga bijak membezakan antara solekan siang dan solekan malam.

Jangan ragu apabila mengenakan solekan

Untuk mengelakkan masalah ini, mulakan dengan solekan yang nipis dan pilih warna lembut. Ia lebih baik daripada tidak mengenakan sebarang solekan supaya wajah kelihatan lebih berseri dan bermaya.

Kenal pasti keseluruhan penampilan diri

Pilih solekan yang sesuai dengan warna kulit agar ia kelihatan semula jadi.
Contohnya, jika berkulit gelap, anda perlu mengenakan solekan dengan warna gelap.

Kenal pasti jenis kulit sama ada berminyak atau kering kerana bagi mereka yang memiliki kulit berminyak, perlu menggunakan pelembap mengawal minyak.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07


Cenderahati edisi terhad

Posted: 07 Nov 2012 08:02 AM PST

BIDANG kreatif begitu dekat di hati Natalia Mokhtar kerana bidang itu jugalah kerjayanya iaitu sebagai pereka grafik. Pelbagai kerja tangan kreatif diceburinya, antaranya membuat perhiasan seperti gelang, subang dan tasbih.

Membuat kerja tangan kreatif memang memberi kepuasan diri terutama apabila melihat hasilnya. Tambah menyeronokkan sekiranya ia dapat digunakan untuk menjana pendapatan.

Kini, Natalia yang bekerja sendiri menemui hobi menarik terbaru pada awal tahun ini. Dia sendiri baru mempelajarinya. Namun, kerana minat yang semakin mendalam, bidang itu bagaikan sebati dengannya.

Ada saja waktu terluang, kelihatan Natalia tekun menjahit bukunya sendiri.


Menjahit buku? Ya, kelihatan buku yang mempunyai kulit muka depan keras, menarik dan unik dijahit Natalia sendiri dan boleh diandaikan sebagai edisi terhad memandangkan ia buatan tangan.


Membelek buku itu, hati terus berkata, "Cantiknya buku ini!"

Menemubual Natalia dan bertanya bagaimana segalanya bermula, anak kelahiran Terengganu itu ramah bercerita.

"Semuanya bermula pada awal tahun ini apabila saya diajak oleh seorang kawan menyertai kursus membuat buku handbound iaitu buku jahitan tangan," katanya.

Buku jahitan tangan dibuat dan dijahit sendiri. Kita boleh menentukan saiz dan rupa bentuk buku itu kelak. Kita memilih kertas, benang dan kulit muka depan mengikut kesukaan sendiri. Malah dapat dilihat, seperti menjahit juga ia adalah hobi yang sangat menarik dipelopori bagi menenangkan fikiran.

"Itulah permulaannya. Daripada mengetahui satu teknik membuat buku, saya pelajari lagi teknik lain di Internet dan Youtube," katanya.

Semakin lama dan semakin banyak yang dipelajari, Natalia merasa membuat buku sesuatu yang sangat menarik untuk dipelajari. Ini membuatkannya mahu terus belajar bagi mendapat ilmu baru.

"Buku sebegini boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Mencatat jurnal harian, jurnal kehamilan, perkahwinan, resipi dan juga boleh ditampal gambar.
Disebabkan ia buatan tangan, buku ini tampil eksklusif dan peribadi," katanya.

Buku yang dihasilkan Natalia ini sesuai dijadikan hadiah atau cenderahati kepada insan istimewa kerana buku itu sendiri sangat istimewa.

Bayangkan mendapat hadiah buku buatan tangan yang kulit muka depannya daripada kain songket atau batik yang bercirikan tradisi. Kita boleh saja memilih corak kegemaran atau disesuaikan dengan tema majlis yang diadakan seperti hari keluarga ataupun perjumpaan rakan sekolah lama.

Natalia biasanya menggunakan kain sebagai muka depan bukunya. Dia turut menggunakan rekaan ilustrasinya sendiri yang kemudian dicetak.

"Untuk muka depan saya suka kain kapas kerana senang membentuk dan menampalnya. Sekiranya membuat buku yang ditempah khas untuk catatan tetamu di majlis perkahwinan, saya gunakan kain renda dan juga satin," katanya.

Peralatan yang diperlukan untuk menjahit buku ialah kertas keras, kain, kertas biasa atau kraf, benang, jarum dan gam pelekat.

Natalia memerlukan kira-kira dua jam bagi menyiapkan sesuatu buku. Pelbagai saiz buku dibuatnya seperti 8x8 inci, 8x6 inci, 6x6 inci dan 6x5 inci. Dia kini melabelkan hasilannya dengan jenama Notalia.

Buku jahitan tangan Natalia sering dijadikan sebagai hadiah korporat. Walaupun masih baru diperkenalkan, ia mendapat sambutan yang memuaskan.

Buku ini akan dicadangkan Natalia kepada pelanggannya sekiranya mereka memerlukan ilham dalam pemberian hadiah korporat. Selain itu, sebaran dari mulut ke mulut juga membuatkan hasilan Natalia semakin dikenali.

Natalia meletakkan harga berdasarkan saiz dan kemasan buku bermula daripada RM15.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07


Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved