Harian Metro: Setempat |
Posted: 03 Nov 2012 04:38 PM PDT NILAI: Kegembiraan 32 murid dan guru menghabiskan cuti hujung minggu dengan mengikuti rombongan ke Perak berakhir tragedi apabila bas dinaiki terbabit dirempuh lori di Jalan Batang Benar-Nilai berhampiran Stesen Komuter Batang Benar, di sini, semalam. Kejadian jam 8.30 pagi itu menyebabkan dua murid berusia 11 tahun parah, manakala tiga guru dan pemandu bas yang membawa 29 murid cedera di beberapa anggota badan dan kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).
Mangsa, Mohd Zamzurkarnain Kudus, 9, berkata, ketika kejadian dia berbual dengan rakannya di dalam bas sebelum ternampak sebuah lori dipandu laju keluar dari simpang.
Murid tahun lima, Amirul Naim Abu Suffian berkata, dia yang lena tidur di bahagian depan bas terkejut sebaik mendengar bunyi hon.
"Kepala saya bengkak akibat terhantuk di cermin dan saya berasa trauma untuk menaiki bas lagi," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/04 |
Anak bertukar penyayang, pendiam Posted: 03 Nov 2012 04:34 PM PDT JASIN: "Baru semalam (kelmarin), saya membaca akhbar mengenai kisah kematian empat sekeluarga di Alor Setar, Kedah dan hari ini (semalam) ia berlaku kepada anak kami pula yang maut bersama dua rakannya." Begitu kata Noriah Md Dim, 62, ibu kepada Hairul Nizam Alias, 34, yang terbunuh dalam kemalangan negeri mengorbankan empat nyawa di Kilometer 38.5 Jalan Air Panas-Kesang, di sini, malam kelmarin.
Menurut Noriah, anak ketiga daripada lima beradik itu berubah sikap sejak beberapa bulan lalu dengan menjadi lebih pendiam.
Beliau berkata, biarpun terkejut dengan kejadian yang meragut nyawa Hairul Nizam, dia dan keluarga menerimanya dengan reda.
Sementara itu, Alias berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian oleh jiran yang datang ke rumahnya di Felda Bukit Senggeh, di sini, tidak lama selepas kejadian.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/04 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan