Ahad, 2 Disember 2012

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Advertorial: Ubah persepsi dengan digital bidet

Posted: 02 Dec 2012 10:36 AM PST

ACAPKALI berbicara mengenai tandas, pasti perkara utama yang terlintas pada fikiran adalah ia sebuah ruangan yang tidak menyenangkan, berbau busuk, sentiasa basah dan dipenuhi bakteria.

Tahukah anda bahawa persepsi itu boleh diubah dengan penggunaan Coway digital bidet?

Ia bukan sahaja mudah dipasang pada bahagian mangkuk tandas malah selamat dan dapat memastikan tandas anda bersih.

Ini kerana ia tidak akan menyebabkan lantai bilik air anda basah dek air lalu menyebabkannya licin. Justeru, ia selamat untuk golongan berusia dan kanak-kanak ketika mahu menggunakannya.


Menurut satu kajian, kira-kira 235,000 orang melebihi usia 15 tahun menerima rawatan di wad kecemasan akibat kecederaan yang dialami di dalam bilik air.


Daripada jumlah itu, 14 peratus dimasukkan ke dalam hospital untuk rawatan lanjut manakala 72 peratus adalah golongan wanita yang mengalami kecederaan di tempat itu berbanding lelaki.

Menggantikan kemudahan tandas konvensional, sistem bidet ini mudah diguna dan anda tidak perlu berasa takut untuk mencubanya jika diberikan kesempatan.

Menurut pengalaman penulis, Coway Bidet ini senang dan ringkas digunakan bagi golongan wanita kerana penyembur air yang dipasang dapat membersihkan bahagian sulit dengan baik.

Malah, penyemburnya juga mampu bergerak ke bahagian depan dan belakang untuk pembasuhan lebih tepat.

Selain itu, penapis nano perak seramik pula menyingkirkan bahan cemar untuk memastikan air adalah tulen dan bersih.

Atas sebab itu, ia tidak memerlukan penggunaan getah paip atau air yang disimpan di dalam baldi untuk tujuan pembersihan.

Tanpa lebihan air itu, ia akan membuatkan lantai bilik air anda sentiasa kering dan berasa selesa ketika dipijak.

Oh ya, untuk memberikan pemahaman dan bukti yang lebih jelas, apa kata anda mencuba cabaran gincu yang boleh dilakukan sendiri di rumah.

Cabaran ini bukanlah satu pertandingan tetapi ia dapat menjelaskan kepada anda betapa pentingnya pembersihan menggunakan air berbanding kertas tisu.

Manakan tidak, sama seperti kesan gincu yang sukar ditanggalkan hanya dengan menggunakan tisu, begitu juga dengan kekotoran dan bakteria yang melekat di kulit sekitar bahagian sulit anda.

Ia memerlukan air untuk pembersihan lebih menyeluruh dan itu boleh dilakukan menerusi bidet digital Coway.

Selain memastikan tandas anda kering setiap masa, Coway turut mendidik anda supaya menjadi lebih mesra alam dengan meninggalkan penggunaan kertas tisu dan beralih kepada cara yang lebih bersih iaitu gunakan air.

Sementara itu, anda juga turut berpeluang mencuba sendiri tandas digital ini secara percuma selama 14 hari.

Untuk maklumat lanjut, layari facebook.com/CowayMalaysia dan coway.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggannya di 1800-888-111.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/03



Dapatkan rawatan awal

Posted: 02 Dec 2012 07:32 AM PST

SETIAP kali tibanya musim hujan, maka akan keluarlah laporan harian atau mingguan mengenai kes demam denggi. Sering kali demam denggi diuar-uarkan sebagai penyakit berbahaya, tapi sering kali juga masyarakat memandang remeh mengenai cara pencegahannya.

Kala ditanya apa sebenarnya penyakit denggi ini, pasti majoriti sekadar menjawab ia disebabkan gigitan nyamuk dan tidak pasti cara mengubatinya.

Wabak denggi seolah-olah terlalu 'sayang' dengan negara kita. Dalam kenyataan terbaru oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, kes demam denggi meningkat di 10 negeri, kebanyakannya berlaku di kawasan pantai barat Semenanjung dan kes paling banyak dicatatkan di Selangor.

Apa sebenarnya penyakit ini? Ia penyakit berjangkit yang boleh membawa maut dan hingga ke hari ini masih belum ada ubat atau rawatan efektif yang boleh mengubatinya.


Denggi boleh berlaku pada sesiapa pun, sama ada golongan dewasa mahupun kanak-kanak yang terdedah dengan gigitan nyamuk Aedes.


Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya.

Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis virus yang dipanggil virus denggi.
Virus ini tergolong dalam keluarga togaviridae. Ia sejenis virus yang berkembang biak dalam serangga.

Terdapat empat jenis serotip virus yang dikenal pasti iaitu den 1, den 2, den 3 dan den 4. Semua jenis serotip ini boleh merangsang pembentukan antibodi yang berbeza.

Namun, kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia hanya melindungi individu untuk jenis virus terbabit.

Virus ini masuk ke dalam saluran darah manusia melalui gigitan nyamuk Aedes dan boleh menjangkiti dalam tempoh yang singkat antara empat hingga lima hari pada tahap awal penyakit.

Nyamuk Aedes menjadi penyebab utama kepada kuman virus denggi. Gigitan nyamuk adalah satu cara penyebaran virus denggi dari seseorang individu ke individu lain.

Bermula dengan hanya satu gigitan, nyamuk Aedes boleh menghisap darah sebanyak dua ke empat miligram darah iaitu menyamai 1.5 kali berat badannya.

Jenis denggi

Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu :

1. Demam denggi klasikal

Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian.
Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau breakbone fever.

2. Demam denggi berdarah

Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama lingkungan usia 2-13 tahun.
Pada tahap awal (selama dua hingga empat hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal, disusuli tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, najis berdarah (dan berwarna hitam) disertai dengan sawan atau tidak sedar diri. Ia boleh menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan segera.
Demam ini juga dikenali sebagai 'demam berdarah Filipina'.

Tanda-tanda atau gejalanya:

Demam denggi klasikal

Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit terbabit. Bagi bayi atau kanak-kanak, ciri utamanya ialah ruam yang disertai demam panas.

Sementara orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul tiba-tiba lalu berlangsung selama dua hingga tujuh hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat.

Bintik-bintik merah di bawah kulit juga jelas kelihatan. Apabila ujian makmal dijalankan, hasil mendapati jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

Demam denggi berdarah

Demam denggi berdarah mempunyai empat ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah.

Perdarahan pula akan berlaku selepas bintik-bintik merah mula kelihatan di bawah kulit, perdarahan di hidung, gusi, darah dalam najis (najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.

Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan.

Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan serta peningkatan kadar nadi.

Pesakit juga mudah resah dan lemah, juga cepat mengalami renjatan atau sawan.
Keadaan ini dikenali sebagai Dengue Shock Syndrome (DSS).

Rawatan

Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu ,antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah:

Demam denggi klasikal

Rawatan yang diberi lebih kepada menstabilkan pesakit dan bergantung kepada keadaannya iaitu cuba mengurangkan demam (suhu badan) dan mengelakkan perdarahan daripada berlaku.

Demam denggi berdarah

Demam yang sangat panas, hilang selera makan dan muntah akan menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan minum banyak air. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik.

Selain itu, pesakit akan diawasi agar gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Hari ketiga hingga ketujuh adalah mas paling genting bagi pesakit dan pesakit memerlukan pemerhatian rapi.

Aliran intravena akan diberikan jika perlu seandainya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menunjukkan darjah kehilangan plasma.

Membawa maut

Selain tanda-tanda di atas, demam denggi berdarah juga boleh dikenal pasti menerusi:

  • Tubuh mudah lebam.
  • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi.
  • Diiikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut.

    Sifat nyamuk Aedes

  • Gigitan pada waktu pagi dan senja (antara jam 5 hingga 8 pagi dan jam 5 hingga 8 malam)
  • Bertelur dalam air mati (tiada aliran, bertakung) yang jernih.
  • Kitaran hidup Aedes iaitu dari telur, jentik-jentik, kepompong dan bertukar menjadi nyamuk dewasa hanyalah satu minggu.

    Langkah proaktif

    Demam denggi sebenarnya boleh dicegah dengan memperbaiki sikap kita iaitu rajin membersihkan kawasan rumah. Dr Lokman Hakim turut menyebut bahawa peningkatan kes denggi disumbangkan dengan kehadiran barang terbuang seperti sinki buruk, kanvas, tikar getah dan bekas plastik yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

    Selain itu nyamuk pembawa penyakit yang boleh menyebabkan maut ini juga boleh membiak di dalam rumah. Kebanyakan kes denggi khususnya di bandar besar berlaku di kawasan perumahan yang padat dan kurang menitik beratkan aspek kebersihan seperti objek yang boleh menakung air sama ada di dalam mahu pun di luar rumah seperti pasu bunga, kolah dan di celah kelopak daun.

    Bahkan pancur atau saluran air pada bumbung juga boleh tersumbat dengan kehadiran daun kering hingga menyebabkan air bertakung yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

    Apa yang anda perlu lakukan?

  • Bersihkan dan tukar air kolah setiap minggu. Ketika mencuci, berus dinding kolah kerana telur nyamuk boleh melekat pada dinding.
  • Bersihkan bahagian dalam pasu, akar dan batang pokok yang terendam dalam air kerana telur nyamuk juga boleh melekat di sini. Telur yang melekat pada akar atau batang pokok bunga akan menetas apabila air digantikan.
  • Pastikan halaman rumah bersih daripada sampah yang boleh menakung air.
    Jika halaman anda ada banyak pokok bunga, cuba intai di celah tangkai daun yang boleh menakung air kerana ia juga menjadi tempat kegemaran nyamuk untuk bertelur.
  • Bagi yang menadah air hujan untuk dijadikan air siraman pokok bunga,
    pastikan ia tidak menjadi tempat ternak jentik-jentik. Jika ada, segera tuang air berkenaan ke dalam pasu pokok bunga anda.

    Sesibuk manapun, luangkan sedikit masa untuk menghapuskan semua keadaan yang boleh dijadikan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Jangan jadikan rumah kita sebagai `ternakan' kerana seekor nyamuk boleh menghasilkan 100 biji telur yang akan membesar kepada 100 nyamuk dewasa dalam masa seminggu!

  • Gunakan racun serangga di rumah - pilih jenis yang tidak membahayakan anda sekeluarga.
  • Pasang jaring serangga pada tingkap.
  • Tanam semua bekas yang boleh menakung air.
  • Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (abate) mengikut sukatan ditetapkan iaitu 10 gram bagi 20 gelen (91 liter) air setiap tiga bulan jika di rumah anda mempunyai kolah mandi yang besar.
  • Pada musim hujan ini, luangkan masa untuk mengambil tahu status kesihatan penduduk di kawasan kejiranan anda. Jika ada penduduk dimasukkan ke hospital akibat demam denggi, bermakna anda perlu lebih berjaga-jaga.
  • Segera bawa ahli keluarga yang menunjukkan tanda demam denggi ke hospital.
    Ia membolehkan pihak berkuasa tempatan menjalankan semburan asap secepat mungkin kerana nyamuk yang menggigit mangsa (dan boleh menyebarkan virus ke pada orang lain) biasanya hanya berkeliaran dalam jarak 200 meter.

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/02



  • Kredit: www.hmetro.com.my

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved