Harian Metro: Setempat |
Posted: 15 Dec 2012 05:20 AM PST KUALA LUMPUR: Bagi menarik tahi judi wanita, sebuah pusat judi Internet di Plaza Pudu, di sini, dikesan menyediakan bilik khas dilengkapi sofa merah jambu sesuai dengan warna kelembutan golongan berkenaan. Bagaimanapun, taktik mereka terbongkar kelmarin hasil operasi Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya di enam premis judi Internet di kawasan berkenaan bermula jam 9.30 malam.
Amir berkata, hasil risikan pihaknya, enam premis berkenaan diserbu secara serentak dan ratusan alat komputer judi dirampas bersama wang tunai berjumlah RM4,979.
"Selain itu, makanan seperti nasi lemak dan minuman disediakan kepada pelanggan bagi memastikan mereka berjudi lebih lama di premis itu," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15 |
AES rakam 274,000 imej pesalah Posted: 15 Dec 2012 05:15 AM PST KUALA LUMPUR: Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) merakam 274,000 imej pesalah lalu lintas yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat di 14 lokasi panas sehingga 10 Disember lalu. Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ismail Ahmad berkata, jumlah itu termasuk imej yang disahkan JPJ, didakwa di mahkamah dan menjelaskan bayaran, selain yang masih dalam proses semakan serta pengesahan sebelum saman dikeluarkan.
"Berlaku penurunan jumlah imej yang dirakam antara 30 hingga 70 peratus mengikut lokasi tertentu.
Hadir sama Presiden LPKPM, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahaya.
Sementara itu, dalam kempen berkenaan, LPKPM dengan kerjasama JPJ dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya mengedarkan 200 risalah dan kit keselamatan kepada pengguna sebagai usaha mendidik mereka mematuhi undang-undang jalan raya, selain memastikan keselamatan ketika memandu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan