Harian Metro: Setempat |
Posted: 17 Dec 2012 11:14 AM PST ALOR SETAR: "Ketika berbual melalui telefon bimbit ibunya malam tadi (kelmarin), dia memberitahu mahu pulang ke rumah kerana rindu neneknya. Tak sangka pula ia perbualan terakhir kami," kata Norhanisha Othman, 23, ibu saudara Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, 2, yang mati dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya. Mangsa dipercayai meninggal dunia jam 3 petang ketika berada dalam jagaan ibunya di rumah mereka di Kampung Berjaya, Mergong, dekat sini, semalam.
"Polis akan menyiasat dari segala sudut termasuk kemungkinan mangsa menjadi mangsa dera hingga menyebabkan kematiannya, namun masih menunggu keputusan bedah siasat sebelum mengklasifikasikan kes," katanya ketika dihubungi. Norhanisha berkata, kakaknya, Nurhafiza, 25, yang juga ibu mangsa menghubungi keluarganya bagi memaklumkan anaknya terjatuh dari tangga sebelum dibawa ke sebuah klinik.
Norhanisha berkata, arwah dijaga oleh ibunya, Padzilah Ismail, 46, sejak dilahirkan sehingga kini disebabkan kakaknya yang bekerja sebagai pembantu restoran sudah berpisah dengan suaminya, Iskandar Abu Bakar, 29, ketika mangsa berusia lima bulan.
"Malah, saya pernah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada Ogos lalu selepas menemui beberapa kesan gigitan dan lebam di badan Muhammad Faiz yang dipercayai dilakukan lelaki terbabit," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSB, di sini.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/18 |
Pasar Pudu perlu bersih tarik pelanggan Posted: 17 Dec 2012 09:08 AM PST KUALA LUMPUR: Peniaga kecil di Pasar Pudu mampu memberi saingan perniagaan kepada pasar raya besar sekiranya mereka sentiasa mengutamakan kebersihan pasar terbabit. Pengarah Jabatan Pemudahcara Perniagaan dan Pengurusan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rolan Abd Rahman berkata, pasar itu mempunyai kelebihan kerana peniaga dapat menjual barang pada harga murah.
"Kalau soal harga, barangan di Pasar Pudu dijual lebih murah daripada pasar raya, tetapi pelanggan lebih suka membeli di pasar raya kerana persekitarannya yang bersih.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/18 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan