Harian Metro: Setempat |
Posted: 05 Dec 2012 11:43 AM PST SUNGAI BESAR: "Saya dan keluarga dikejutkan dengan dua bunyi kuat seperti kayu patah berserta angin kencang sebelum sebahagian bumbung rumah diterbangkan. "Kami sekeluarga hanya berdoa dan berpelukan sambil menangis kerana bimbang ribut memusnahkan rumah dan kami bakal hilang tempat tinggal," kata Mohd Nizam Abd Karim, 30, mengenai kejadian ribut di Kampung Parit 11 Timur, di sini, Isnin lalu.
Katanya, akibat kejadian itu, Mohd Nizam menanggung kerugian RM10,000 selepas perabot dan peralatan elektrik rumahnya rosak terkena hujan.
Seorang lagi mangsa, Rosli Anuar, 39, berkata, akibat kejadian itu, dia kehilangan tempat tinggal dan mengalami kerugian besar berikutan struktur bumbung dan dinding rumahnya rosak teruk.
Sementara itu, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat, Muslimin Yahaya dalam lawatannya ke tempat kejadian berkata, dalam kejadian ribut itu, tujuh rumah di Kampung Parit 11 Timur dan sebuah rumah di Parit 10 mengalami kerosakan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/06 |
Peluang kaki pancing menang hadiah RM50,000 Posted: 05 Dec 2012 11:41 AM PST KUALA SELANGOR: Hadiah bernilai lebih RM50,000 menanti peserta pertandingan memancing Karnival Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) di Pantai Remis, di sini, Ahad ini. Pertandingan anjuran MDSB dengan kerjasama Wakjali Event Management itu menawarkan hadiah wang tunai untuk juara bernilai RM30,000 manakala kedua RM10,000 dan ketiga RM5,000.
Yuran penyertaan ialah RM80 satu joran dan kaunter pendaftaran dibuka di Pantai Remis bermula jam 2 petang Sabtu ini hingga hari pertandingan.
"Penganjur turut menyediakan 10 hadiah cabutan bertuah dan dua cabutan bonanza TV LCD 32 inci,'' katanya. Pertanyaan mengenai acara ini boleh hubungi 013- 3838655, 016-2937741 dan 013-3588206 atau lawati laman web www.wakjali.com. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/06 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan