Harian Metro: Hati |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Hati |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Setempat |
Posted: 06 Nov 2012 09:36 AM PST SERDANG: Baru tiga bulan bergiat aktif, sekumpulan penyamun mampu mengaut keuntungan kira-kira RM3 juta hanya dengan menyamun 11 kediaman di sekitar daerah Serdang sejak Ogos lalu. Kumpulan berkenaan bagaimanapun akhirnya tumpas apabila polis menahan dua lelaki berusia 29 dan 30 tahun selepas terserempak dengan mereka yang berada dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 10 malam di Jalan Bandar 3, di Puchong, dekat sini, Khamis lalu.
"Dua suspek terbabit bagaimanapun enggan memberhentikan kereta walaupun diarah, sebaliknya terus memecut ke arah Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) sebelum dipintas kereta peronda polis.
Katanya, hasil tangkapan kedua, pihaknya membuat serbuan ketiga di sebuah hotel di Off Jalan Klang Lama, di Puchong dan berjaya menahan tiga lelaki kira-kira jam 1 pagi, Sabtu lalu.
"Turut ditahan, seorang lelaki berusia 46 tahun yang dipercayai bertindak sebagai pembeli barangan yang disamun kumpulan berkenaan di sebuah kedai membaiki televisyen di Puchong Jaya, dekat sini, kelmarin," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini semalam. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07 |
RM40,000 lesap, RM3,000 ‘disedut’ Posted: 06 Nov 2012 09:33 AM PST SHAH ALAM: Terpedaya dengan janji bakal memperoleh keuntungan RM320,000, seorang usahawan wanita dari Seksyen 7, di sini, mendakwa ditipu dan dipukau sekumpulan lelaki mengakibatkan kerugian RM40,000, Ogos lalu. Tidak cukup setakat itu, ahli perniagaan terbabit, Azizah Che Meh, 29, berdepan pula kehilangan wang kutipan perniagaan lebih RM3,000 dipercayai 'disedut' menggunakan sihir selepas kejadian itu hingga dia trauma dan terpaksa mendapatkan bantuan pengamal perubatan Islam.
"Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Alias datang berjumpa saya di sebuah restoran di Padang Jawa, di sini dan pada pertemuan itu, Alias bersama dua rakannya itu pada mulanya berbincang mengenai perkhidmatan katering itu.
Menurutnya, dia kemudian diberikan satu dokumen surat kuasa bagi urusan penjualan tanah itu manakala Alias pula meyakinkannya sebahagian lagi wang yang perlu dibayar kepada pemilik asal tanah sudah dijelaskannya.
"Selepas diperiksa, dua nama dalam surat kuasa itu memang wujud, tetapi nombor kad pengenalan palsu. Lebih menyedihkan, pemeriksaan terhadap tiga nombor telefon yang menghubungi saya juga semuanya menggunakan kad pengenalan palsu," katanya yang turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, baru-baru ini. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Global |
Kejayaan Psy diiktiraf kerajaan Posted: 06 Nov 2012 08:43 AM PST SEOUL: Korea Selatan memberi penganugerahaan kebudayaan paling tinggi kepada penyanyi rap, Psy kerana kejayaan mengejut yang dicapainya menerusi video 'Gangnam Style.' Kementerian Kebudayaan semalam mengumumkan, penyanyi berusia 34 tahun itu yang nama sebenarnya Park Jae-Sang, akan dianugerahkan dengan Pingat Okgwan Order of Cultural Merit kerana sumbangannya terhadap seni.
Psy menjadi terkenal di peringkat antarabangsa selepas videonya, 'Gangnam Style' menjadi popular setelah dimuatnaikkan pada YouTube Julai lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07 |
Posted: 06 Nov 2012 08:38 AM PST LONDON: Sepasang suami isteri yang berusaha mendapatkan anak terkejut apabila doktor berkata, kegagalan mereka berpunca daripada komputer riba. Scott Reed dimaklumkan bahawa dengan meletakkan komputer pada ribanya menyebabkan haba merosakkan spermanya. Kesannya, juruelektrik berusia 30 tahun dan isteri, Laura, juga 30, sukar untuk memperoleh anak. Berikutan itu, Scott menggunakan komputer ribanya di meja dan tiga bulan kemudian, isterinya hamil anak perempuan mereka, Taryn.
Apabila diberitahu mengenainya oleh doktor, ia satu kejutan besar. "Scott biasanya menggunakan komputer ribanya sebelah petang selama beberapa jam dan menutupnya ketika kami menonton televisyen. "Dia akan gunakannya untuk tugasnya dan perkara lain seperti Facebook. "Kami langsung tidak terfikir ia akan menjejaskan spermanya." Pasangan dari Clanfield, Hampshire itu mengunjungi doktor mereka selepas Laura gagal hamil walaupun selepas berusaha selama enam bulan. Pada mulanya, doktor menyangka kesuburan Reed dikatakan terjejas akibat beguk yang dialaminya ketika berusia 21 tahun. Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati dia menghasilkan jumlah sperma yang sihat tetapi rosak akibat terkena haba. Menerusi mikroskop, ia dapat melihat ekor sperma bergulung pada kepalanya, bermakna ia tidak boleh berenang cepat ke arah telur. Masalah itu adalah perkara biasa dihadapi tukang masak yang bekerja dalam persekitaran yang panas. "Selepas bertanya sama ada saya tukang masak, soalan berikutnya ialah 'adakah anda menggunakan komputer riba? "Saya menggunakannya setiap hari dan tidak pernah terbayang kesannya," kata Scott. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 06 Nov 2012 09:54 AM PST KUCHING: Dua pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, di sini, direman tiga hari bermula semalam kerana disyaki membelasah seorang tahanan sehingga koma dan terpaksa menjalani pembedahan berikutan mengalami pendarahan otak. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap anggota atau pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan kesalahan dan memberi jaminan kes itu akan disiasat secara terperinci. "Polis tidak akan menyembunyikan sebarang kesalahan dilakukan anggota dan pegawai, bahkan mereka akan didakwa seperti orang awam," katanya sambil menjelaskan kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Menurutnya, tahanan terbabit mengalami pendarahan dalam otak dipercayai ditumbuk pegawai polis berkenaan yang berang ketika proses soal siasat, Ahad lalu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07 |
Posted: 06 Nov 2012 09:54 AM PST TUMPAT: Seorang wanita warga emas berusia 63 tahun layak digelar 'nenek perkasa' apabila masih mampu mengangkat 10 tong gas sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan berulang-alik mengemudi sendiri bot enjin sangkut miliknya dari kediamannya yang dijadikan kedai runcit di Pulau Teluk Ranjuna ke Pengkalan Kok Majid, di sini. Dengan berbaju kurung dan berkain batik, malah bertubuh kecil, Nik Haripah Othman mengemudi bot untuk 10 minit perjalanan demi mencari rezeki halal bagi mendapatkan pendapatan tambahan selain wang dikirim tujuh anaknya.
"Tiada apa rahsia diamalkan sehingga saya mampu melakukan pekerjaan itu walaupun berusia 63 tahun. Mungkin sepanjang hidup saya sering makan nasi bersama ulam-ulaman.
"Memang anak saya menyuruh berhenti melakukan kerja ini kerana bimbang keselamatan saya, tetapi saya minat berniaga dan masih ada tenaga bekerja.
Nik Haripah berkata, dia pernah berdepan detik cemas apabila tong gas diangkat jatuh ke dalam sungai.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Arena |
‘Atasi ketumpulan’ Posted: 06 Nov 2012 08:29 AM PST KETUMPULAN jentera serangan negara ketika menentang Vietnam perlu segera diperbaiki apabila menentang Thailand dalam aksi persahabatan malam ini. Teguran pengendali negara, Datuk K Rajagobal wajar dipandang serius ketika saingan sebenar untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF berbaki kurang tiga minggu lagi.
Katanya, mereka kini berazam memburu kemenangan pada aksi malam ini selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut kepada Vietnam dalam aksi persahabatan.
"Saya tidak kisah bermain di mana-mana posisi dengan fokus memberikan yang terbaik kerana tidak mahu menjadi penumpang dalam pasukan," katanya yang beraksi di posisi penyerang apabila bersama Pahang dalam saingan liga domestik.
Antara yang berpotensi untuk diturunkan menentang skuad kendalian jurulatih berpengalaman dari Jerman, Winfried Schafer adalah Mohd Faizal Muhammad dan Amirizwan Taj Tajuddin di bahagian pertahanan tengah dan perancang Kelantan, Mohd Shakir Saari berganding bersama Mohd Safiq Rahim.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07 |
United buru tiket pusingan kedua Posted: 06 Nov 2012 08:21 AM PST BRAGA (Portugal): Manchester United boleh memastikan tempat dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara jika meraih mata maksimum menentang kelab Portugal, Braga, awal pagi esok. Bagaimanapun, United perlu mempamerkan aksi terbaik untuk meraih tiga mata kerana Braga pernah menewaskan kelab Inggeris itu di laman sendiri dalam empat perlawanan terakhir.
Tiga kemenangan berturut-turut meletakkan skuad kendalian Alex Ferguson, juara tiga kali dengan kelebihan lima mata di kedudukan teratas Kumpulan H diikuti kelab Romania, CFR Cluj, empat mata. Braga mengumpul tiga mata manakala gergasi Turki, Galatasaray, satu mata selepas tiga perlawanan.
Ferguson turut mendapat semula khidmat pemain antarabangsa Scotland, Darren Fletcher yang tidak dapat bermain walaupun mengambil pelbagai ubatan untuk merawat penyakit usus yang hampir menyebabkan kariernya berakhir.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Rap |
Posted: 06 Nov 2012 06:25 AM PST LUPAKAN saja kisah silamnya dulu kerana ia sudah pun menjadi sejarah. Bagi anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini, kontroversi yang pernah melanda hidupnya dulu sedikit sebanyak mematangkannya dalam meniti perjalanan sebagai anak seni. Selepas tiga tahun mendiamkan diri dan mengumpul kekuatan dalam diri, bekas juara One In A Million (OIAM) musim kedua, Ayu yang juga pemilik nama sebenar, Norayu Damit, 23, percaya, sampai masanya dia bangkit semula untuk buat 'comeback' sekali gus merancakkan kembali persada hiburan tanah air. Ternyata, status isteri dan ibu kepada dua cahaya mata bukan penghalang buatnya kembali meneruskan cabang seni yang sudah sebati dalam dirinya sejak dulu. "Sebelum ini, saya memperlahankan aktiviti seni sebaik saja OIAM berakhir kerana fokus pada rumah tangga dan bisnes bersama suami menerusi syarikat Kenali Pura Network yang membekalkan peralatan makmal di sekolah, lebih setahun lalu.
Walaupun ingin kembali dalam dunia glamor, keutamaan Ayu tetap pada rumah tangganya. "Saya tak kisah orang kata tidak popular berbanding rakan seperjuangan lain kerana yang penting hidup saya bahagia sekarang. Suami dan anak-anak tetap nombor satu dalam hidup dan karier seni pula jatuh nombor dua. "Saya juga yakin untuk kembali dalam bidang seni kerana anakk sudah besar sikit dan suami juga merestui dan memberi sokongan padu kerana dia tahu minat saya yang mendalam dalam bidang nyanyian," katanya. Hasil perkongsian hidup dengan Syed Fauzi Syed Baharuddin, 25 tahun, Ayu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syed Nasrul Haikal, 3 tahun dan Sharifah Alya Adriana, 1 tahun, 3 bulan. Mengenai gosip dirinya yang dikatakan ada masalah 'tingkah laku' hingga menyebabkan namanya tenggelam dalam bidang seni, Ayu mengakui dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya cerita seperti itu. "Ini kali pertama saya dengar gosip seperti itu. Selepas Anugerah Planet Muzik 2009, saya perlahankan aktiviti seni kerana fokus pada rumah tangga. "Sepanjang terbabit dalam bidang seni, saya tidak pernah menimbulkan masalah pada orang lain. Apa yang saya tahu hanya menyanyi dan buat 'show' saja kerana segala urusan lain diserahkan pada pengurusan 8 Unit sebelum ini. "Namun, saya akur, tidak tahu macam mana nak berhubung dengan pihak media tempatan pada awal pembabitan dalam bidang seni dulu. Mungkin sebab itu saya kurang publisiti berbanding rakan seperjuangan lain. Tapi, saya tidak kecewa pun dengan apa yang berlaku kerana menyedari diri tidak diberi peluang ketika itu," katanya. Ayu mula belajar erti berdikari DALAM diam rupa-rupanya, sudah setahun Ayu keluar dari syarikat rakaman Monkey Bone Records dan pengurusan 8 Unit. Ketika bernaung di bawah Monkey Bone selama tiga tahun, Ayu juga sempat menghasilkan dua album. Bagaimanapun, album penghargaannya dengan Monkey Bone yang mengandungi lagu hits 80-an belum dilancarkan lagi. Lebih menarik, album 'tribute' yang juga cover version Melayu itu memuatkan lagu seperti Kabut Serangkai Mawar (Zaiton Sameon), Flora Cinta (Min Malik), Setia Kasih (Haleeda), Salam Buat Kekasih (Nadia), Dendam Dalam Diam (Nora) dan Penghujung Rindu (Jamal Abdillah). "Selepas tamat kontrak, saya putuskan untuk belajar berdikari dan menguruskan sendiri karier seni dengan dibantu pengurus, Jeff Wai. Terus terang, saya keluar dari Monkey Bone dan 8 Unit bukan kerana ada masalah sebaliknya saya keluar secara baik kerana ingin belajar berdikari demi jaminan masa depan. "Dari segi imej pula, saya tidak merancang buat perubahan mendadak kerana selesa dengan imej ringkas dan sesuai dengan status sebagai isteri dan ibu. Ia memang cabaran besar bagi saya untuk menjual vokal dan bukan imej seksi. Bagi mengubati kerinduan peminatnya, Ayu juga mempertaruhkan single barunya berjudul Hati Ini yang juga terbitan Global Records Sdn Bhd. Single genre balada ini ciptaan Mohd Atlas. "Saya a sudah berhenti menyanyi di Glass Lounge, Hotel Crowne Plaza Mutiara, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur kerana ingin memberi fokus pada single ini. "Buat masa ini, saya muncul dengan single terlebih dulu khusus untuk peminat yang masih menyokong sampai sekarang. Single ini juga menepati cita rasa sendiri. Selain itu, saya masih mencari material sesuai untuk bingkisan album penuh nanti," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/06 |
Posted: 06 Nov 2012 06:11 AM PST BAGAIKAN kelaziman, penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) pasti mencetuskan kontroversi tersendiri. Saban tahun ada sahaja cakap-cakap belakang diperkatakan sebaik majlis yang bertujuan meraikan karyawan filem ini selesai. Ada-ada saja isu tidak puas hati ditimbulkan penggiat seni sendiri. Sudah dapat diagak penganjuran FFM bersempena sambutan jubli perak mengundang kontroversi apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) bertindak mengambil alih penganjurannya daripada Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) yang dikatakan mempunyai hak penuh menganjurkannya. Paling melukakan Gafim ialah Finas bertindak mengadakan kerjasama dengan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) yang bukan ahli gabungan mereka untuk penganjuran FFM25 yang berlangsung pada 30 Disember ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Dalam hal ini, individu yang dilihat menjadi mangsa keadaan tentunya penerbit Datuk Yusof Haslam yang muncul pada sidang media FFM25 oleh Finas sebelumnya. Justeru, Gafim tampil dengan sidang akhbar khas bagi membantah penganjuran FFM25 oleh gabungan dua pihak ini pada 25 Oktober. Persoalannya, apakah perkara ini menjejaskan komitmen PFM dalam bekerjasama dengan Finas? Wartawan RAP, Ridzuan Abdul Rahman (mohamadridzuan@hmetro.com.my) mendapatkan penjelasan daripada Yusof sendiri. Menariknya, jawapan yang diberikan cukup berlapik dan penuh hati-hati kerana beliau bimbang rakan lamanya dalam industri berkecil hati. RAP: Bagaimana PFM boleh terbabit dengan FFM25? YUSOF: Kami hadir menerusi surat jemputan daripada Finas. Saya sebenarnya mewakili Presiden PFM, Datin Paduka Shuhaimi Baba yang tak dapat menghadirkan diri. Sebagai Timbalan Presiden saya perlu pikul tanggungjawab yang diberikan. RAP: Maksudnya PFM tidak tahu perkara sebenar sebelum sidang media itu? YUSOF: Saya memang tak tahu butir lengkap. Namun, sebagai penerbit filem, sudah tentulah kami harus bergandingan dengan Finas dalam penganjuran majlis ini. RAP: Adakah Datuk terkejut Gafim tak terbabit sama? YUSOF: Ya saya sebenarnya terkejut. Saya kata pada Ketua Pengarah Finas, Mohd Naquib Razak supaya panggil Gafim juga untuk turut serta. Beliau setuju dan kata ini hanya sidang media dan berikutnya akan buat mesyuarat dengan Gafim. Dia mengaku terlepas pandang perkara ini. RAP: Gafim kata berhak anjurkan FFM kerana sudah dipatenkan sebagai hak mereka. Apa komen Datuk? YUSOF: Saya tak pasti sama ada itu sudah dipatenkan sebagai milik Gafim atau tidak. Mereka sebenarnya pun daripada gabungan persatuan seni. Kalau penerbit tak bagi filem untuk dipertandingkan pun susah juga. Apapun saya lebih suka pilih jalan tengah dan nak semuanya bergabung. Apa salahnya kita sama-sama menganjurkan dan memeriahkan majlis untuk meraikan anak seni. RAP: Ketika sidang media itu, apakah Datuk rasa akan berlaku kekecohan mengenai FFM25? YUSOF: Ya, itulah yang saya rasa dan perkara ini terus saya beritahu kepada Naquib. Dia kata akan panggil semua dalam mesyuarat yang akan diadakan. Seperti yang saya kata, Naquib mengaku terlepas pandang perkara ini. RAP: Perasaan Datuk apabila perkara ini menjadi kecoh? YUSOF: Saya memang berharap kemelut ini diselesaikan cara baik. Kita perlu duduk semeja untuk kepentingan industri. Sebagai orang lama yang bergiat lebih 40 tahun dalam seni, saya harap FFM akan berjalan lancar. Sesiapa yang tak puas hati sila luahkan dan jangan bercakap belakang. Saya tak nak orang seni diketawakan oleh masyarakat. RAP: Selepas keluar Gafim, apakah PFM menyokong penganjuran FFM? YUSOF: Kami tetap menyokong FFM kerana ia membawa manfaat kepada perkembangan industri. Itu langsung tak jadi masalah buat kami. RAP: Apakah Datuk lihat FFM25 akan ditunda? YUSOF: Sama ada penganjurannya terlajak atau tidak, ia mesti dilangsungkan juga sekurang-kurangnya Januari nanti. Kalau tidak nanti, akan berlaku lambakan filem kerana difahamkan 75 filem cereka akan dipertandingkan. RAP: Setuju kalau dikatakan FFM tak lekang daripada kontroversi? YUSOF: Kontroversi tak salah kalau bertujuan memeriahkan. Tapi janganlah keterlaluan sehingga orang hilang hormat terhadap penggiat seni. PFM tidak akan tarik diri dalam penganjuran FFM. Saya juga difahamkan Finas sudah bertemu dengan Gafim pada Isnin lalu. Kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama menganjurkan FFM25. Ini satu perkembangan yang baik kerana kita perlu bersatu membangunkan industri seni. RAP: Apa komen mengenai Majlis Tindakan Bersama tiga persatuan iaitu FDAM, Seniman dan Profima yang minta Finas menguatkuasa kembali Padu Citra pada 1 Januari 2013? YUSOF: Mereka kena bincang dengan PFM sebagai penerbit dan tak boleh pandai-pandai buat keputusan. Jangan buat budaya sendiri kerana perbincangan ini perlu membabitkan PFM dan Persatuan Penerbit TV Malaysia (PTVM). Kerja filem ibarat kamikaze kerana tak menentu masa. Ini budaya semula jadi orang seni yang tak sama dengan orang kerja kerajaan. Sebelum buat keputusan semua pihak perlu duduk berbincang. RAP: Datuk menyokong Padu Citra? YUSOF: Saya tak nafikan Padu Citra bagus, tapi sebelum itu perlu ada tindakan proaktif daripada pelbagai pihak. Kadangkala saya malas nak bagi komen, tapi melihatkan situasi sekarang saya rasa perlu juga bercakap. Bukan nak menidakkan pentingnya Padu Citra, tapi sebarang perbincangan perlu membabitkan PFM dan PTVM sebagai penerbit. Bagaimana kalau penerbit ambil orang baru bekerja dalam produksi? Perlu ada mekanisma lengkap dalam perkara ini. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/06 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Copyright 2010 All Rights Reserved