Harian Metro: Hati |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Hati |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Setempat |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Arena |
‘Kenapa nak panik’ Posted: 08 Nov 2012 08:21 AM PST "APA panik? Saya sudah melalui macam-macam (situasi). Kenapa nak panik, Piala AFF belum mula lagi". Itu reaksi tegas pengendali negara Datuk K Rajagobal (gambar) berhubung persiapan fasa akhir Harimau Malaya yang semakin mencetuskan kegelisahan peminat dan pemerhati bola sepak tempatan.
"Sebarang pendapat atau pandangan terpulang kepada anda. Bagi saya ini adalah keadaan sebenar yang perlu disedari semua pemain yang mereka perlu memberikan lebih seratus peratus dan berusaha lebih keras lagi. Semua pasukan yang bersaing mahu mencatat kemenangan dan semuanya membuat persiapan rapi.
"Ini karakter yang saya mahukan dan pemain sedar apa kehendak saya," katanya yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam.
"Sekurang-kurangnya saya mendapat gambaran sebenar andai layak ke separuh akhir. Menerusi perlawanan ini, kami sudah mengetahui kekuatan dan kelemahan Thailand," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/09 |
Posted: 08 Nov 2012 08:16 AM PST WALAUPUN berdepan atlet lebih berpengalaman dan jauh lebih berusia, atlet cilik sukan ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah nekad memberikan aksi terbaik pada Kejohanan Asia Waterski & Wakeboard Antarabangsa Malaysia. Bersaing dalam acara 'Trick' Terbuka Wanita Ahad ini, Aaliyah, 9, yang baru memenangi Kejohanan Asia Bawah 17 di Korea Selatan, Ogos lalu akan berusaha memastikan kejayaan menjadi miliknya.
Dengan ketinggian 1.45 meter dan berat badan 28 kilogram, Aaliyah akan menampilkan aksi menarik dalam acara 'trick' berdepan kakaknya, Phillipa Yoong, 33 dan pasangan dari Indonesia, Pupul Endhar dan Siti Nurkarimah.
"MWWF berasa perlu untuk terus mencari bakat baru sukan ski air dan 'wakeboard' berikutan potensi sukan ini yang amat cerah pada masa depan. "Usaha menarik lebih ramai kanak-kanak amat penting bagi membolehkan bakat mereka dicungkil dan dikembangkan sekali gus melahirkan lebih ramai atlet dalam sukan ini.
Mereka yang berminat menghadiri sesi itu hanya perlu mengisi borang dan menghantarnya ke Pusat Sukan Air Presint 6, Putrajaya sebelum 11 pagi Ahad ini.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/09 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: BeritaUtama |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Rap |
Tak mahu dikenali kerana kontroversi Posted: 08 Nov 2012 06:18 AM PST BARU lima bulan berlakon, nama pendatang baru meningkat naik, Emma Maembong terus diperkatakan ramai. Semuanya gara-gara gosip dan kontroversi yang melanda dirinya sejak terbabit dalam bidang hiburan tanah air. Selepas didakwa sebagai 'kaki propa' kerana dikatakan gagal menghadiri sesi fotografi dengan sebuah akhbar tempatan, penyebaran gambar panasnya dengan teman lelaki semakin memburukkan keadaan. Pada majlis pelancaran drama bersiri 24 episod, Cinta Itu Milikku yang berlangsung di Sri Pentas, TV3, sekali lagi kelibat pelakon yang juga pemilik nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail dan berdarah kacukan Melayu-Scotland ini mencuri tumpuan pihak media. Sekalipun diasak dengan pelbagai soalan panas, Emma yang mewarisi bakat melukis daripada bapanya yang juga pelukis terkenal, Ismail Embong ternyata tidak cepat melatah dan tetap tenang menjawab setiap soalan yang dikemukakan pihak media. Walaupun sedih dengan apa yang berlaku tetapi dia reda itulah harga yang perlu dibayar sebagai anak seni. "Terus terang, saya tidak mahu nama naik dalam bidang hiburan sebab cerita kontroversi. Saya lebih suka bermula dari bawah dan orang kenal saya sebab bakat yang dipertaruhkan dan bukan sebab penyebaran gambar itu. "Ayah juga tahu saya sudah ada teman lelaki tapi dia tak masuk campur pun perkara itu. Walaupun ibu bapa sudah bercerai tapi hubungan saya dan sepuluh adik beradik lain sangat rapat. Mujur ayah dan anggota keluarga lain boleh menilai apa yang baik dan buruk kerana saya bukannya gadis yang suka bersosial atau liar seperti gosip di internet itu. "Saya berlakon pun selepas ayah beri 'lampu hijau' kerana saya hanya duduk rumah dan kerja saya hanyalah melukis. Justeru, saya tidak mahu mensia-siakan kepercayaan ayah dan sangat berharap orang berhenti daripada memperkatakan cerita silam kerana perjalanan seni saya masih jauh lagi," katanya. Emma yang mula diperkenalkan pengarah terkenal, Erma Fatima menerusi drama terbitan produksinya yang juga siri komedi Facebook Ustazah Shamsiah untuk stesen TV AlHijrah mengakui bertuah kerana diberikan kepercayaan memegang watak utama dalam drama walaupun masih baru. "Sebenarnya, Mama Erma sudah kenal lama dengan kakak saya sebab itu saya tidak menolak untuk mencuba bakat berlakon dalam drama arahannya. "Dalam Facebook Ustazah Shamsiah yang diterajui Azizah Mahzan, saya bawa watak budak sekolah dalam cerita yang banyak membabitkan elemen nasihat itu. "Selepas drama itu, Mama Erma tawarkan saya untuk memegang watak Munirah dalam drama Kau Yang Terindah pula. Saya juga tidak hadiri uji bakat ketika berlakon dalam drama itu dan bila di lokasi barulah saya tahu cabaran watak Munirah yang kena pukul dan ragut. Selepas watak Munirah, dia terus diberikan watak utama dalam drama Rindu Rania pula. "Terbaru, rezeki saya semakin murah apabila ditawarkan beraksi watak utama dalam drama Cinta Itu Milikku arahan Emi Suffian dan bergandingan pula dengan Fazren Rafi dan Ana Dahlia untuk stesen TV3. "Saya juga mendapat bimbingan daripada Emi dan Fazren sendiri yang tidak lokek berkongsi ilmu di lokasi. Hubungan dengan Ana pun rapat seperti keluarga apabila di lokasi drama ini," katanya. Namun, Emma mengakui masih banyak yang perlu dipelajarinya dalam meningkatkan prestasi lakonan sedia ada. "Saya tiada asas dalam bidang lakonan. Sebab itu, saya bersyukur kerana sudah ditawarkan watak utama dalam drama walaupun masih baru. Sebagai pelakon, tanggungjawab saya hanya memberikan yang terbaik untuk kepuasan penonton," katanya. Mengulas penampilannya yang terlalu ringkas pada majlis pelancaran drama Cinta Itu Milikku yang diterajuinya itu, Emma mengakui itulah personaliti dirinya yang sebenar. "Saya memang jarang bersolek dan lebih suka tampil ringkas bila di luar. Saya sibuk melukis dan mana ada masa nak bersolek atau memakai aksesori seperti artis lain. Mungkin saya terikut-ikut dengan cara saya di rumah. "Saya dibesarkan ayah dan perwatakan saya memang kasar seperti lelaki. Kalau di rumah, saya hanya ikat rambut dan kadang-kadang pakai kain pelikat ayah saja di rumah," katanya. Menyusul selepas ini, dia ditawarkan berlakon dalam filem terbitan pengarah Ahmad Idham tetapi penggambaran belum dimulakan lagi. Sesibuk manapun berlakon, Emma tetap tidak sesekali melupakan minatnya melukis yang sudah sebati dalam dirinya. "Bila tidak berlakon, saya mengisi masa dengan melukis di rumah. Memang rasa janggal bila saya tidak sertai pameran lukisan bersama ayah seperti yang biasa kami lakukan sebelum ini. "Pada masa sama, saya juga tidak ada pendidikan formal dalam bidang lukisan dan melukis animasi dan potret pun kerana minat dan belajar sendiri di rumah dengan mendapat bimbingan daripada ayah," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/08 |
Posted: 08 Nov 2012 06:09 AM PST BUAT pertama kalinya, dua penyanyi legenda tanah air, Jamal Abdillah dan Jay Jay akan bergabung dalam satu konsert bagi menghiburkan peminat mereka secara langsung pada 24 Disember nanti. Konsert yang diiringi hidangan barbeku antarabangsa 'Lanjut Carnivale Fiesta BBQ Around The World' itu bakal diadakan di Lanjut Golden Beach & Golf Resort yang terletak di Kuala Rompin, Pahang.
Ditemui pada sidang media kelmarin, Jamal berkata, konsert kali ini membawa pengunjung melalui perjalanan nostalgia dirinya dan Jay Jay selama 33 tahun bergelar anak seni. "Sambil pengunjung menikmati hidangan makan malam iaitu barbeku antarabangsa diiringi ombak pantai, kami menghiburkan mereka selama dua jam setengah.
"Konsert kali ini amat eksklusif buat peminat kami yang menantikan gandingan kami berdua selama ini. Kami juga belum mempunyai lagu duet sendiri bersama.
Bagi peminat dua gergasi hiburan ini, harga yang ditawarkan bagi konsert itu adalah RM399 seorang bagi pakej konsert dan barbeku empat benua, manakala serendah RM499 seorang beserta penginapan. Antara menu yang menggamit citarasa penonton adalah Tex Mex Orientals, Continentals, Prawn Bisque Cilantro, Pastas, Rompin Prawn dan banyak lagi. Lanjut Golden Beach & Golf Resort berkeluasan 500 ekar yang diapit dengan pantai persendirian sepanjang 3.5 kilometer selain dikelilingi alam semula jadi yang menjanjikan percutian menarik. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/08 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Global |
Posted: 08 Nov 2012 01:36 PM PST NANCHING: Tanya mana-mana pasangan yang sudah bertunang dan mereka akan menjawab majlis perkahwinan tidak akan lengkap tanpa gambar romantik bagi mengingati majlis berkenaan. Sebahagian pasangan yang baru berkahwin akan mengambil gambar mereka selepas majlis itu. Tetapi bagi pasangan ini, mereka menanti hingga 88 tahun sebelum dapat merakam gambar paling istimewa dalam hidup mereka. Pasangan yang sudah menjangkau usia 100 tahun, Wu Conghan dan Wu Sognshi, berkahwin di wilayah Sichuan, China pada 1924.
Mereka selalu mengimpi untuk merakamkan gambar kahwin mereka. Tetapi pasangan itu tidak mempunyai pilihan apabila melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun berkenaan. Impian mereka dijadikan realiti baru-baru ini oleh sebuah syarikat foto di Nanching, bandar tempat tinggal mereka. Seperti apa juga yang ada kaitan dengan majlis perkahwinan, pengantin perempuan mahu rakaman itu paling sempurna dan memastikan suaminya kelihatan paling segak denghan baju putih. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/09 |
Budak hampir ‘dibaham’ singa ketika bergambar di zoo Posted: 08 Nov 2012 08:35 AM PST PARIS: Bukan setiap hari anda boleh berdepan dengan singa. Tetapi itu yang sebenarnya berlaku pada seorang kanak-kanak yang bergaya untuk bergambar di sebuah zoo.
Sebaik memandang ke belakang, kanak-kanak itu mendapati seekor singa betina merenung tajam ke mukanya. Dia jelas terkejut dan takut sebelum berlari dari kandang berkenaan dengan singa itu masih merenungnya di sebalik dinding kaca yang mengelilingi kandang itu. Kanak-kanak yang berusia antara tujuh atau lapan tahun itu kemudian meninggalkan tempat berkenaan dengan tersenyum. Singa itu pula kelihatan kecewa.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/09 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Copyright 2010 All Rights Reserved