Harian Metro: Arena |
Posted: Alor Setar: "Saya tak nak komen apa-apa. Saya baru balik daripada lawatan ke Gaza," kata Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim yang masih berteka-teki sama ada sudah menerima surat pendakwaan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atau sebaliknya. Shahidan berkata, setakat ini, beliau belum menerima apa-apa surat pendakwaan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung kritikan 'pedas' dibuatnya bagi menuntut transformasi dalam FAM yang menjadi isu panas, sejak akhir-akhir ini.
"Saya tidak tahu, saya tak fikir lagi... yang saya fikir macam mana nak bayar gaji pemain. Tiap-tiap bulan nak bayar gaji RM170,000. Mungkin pemberita boleh tolong fikirkan untuk saya macam mana nak bayar gaji," katanya berseloroh.
"Saya bukan mencari masalah, tapi kebenaran. Bagi saya, ini perjuangan. Perjuangan, sana sini mesti berlaku," katanya.
Transformasi yang dituntut bekas Menteri Besar Perlis itu turut menjurus kepada kesediaan FAM membantu pasukan yang mempunyai masalah kewangan.
|
Posted: Nelspruit: Juara bertahan, Zambia tersingkir daripada saingan Piala Negara-Negara Afrika manakala bintang Chelsea, Victor Moses membantu Nigeria mengiringi Burkina Faso ke suku akhir. Kumpulan C menyaksikan saingan sengit dan Moses menyempurnakan dua sepakan penalti untuk menewaskan Habsyah, 2-0 dan meletakkan Nigeria di tangga kedua kumpulan di belakang Burkina Faso.
Mereka menghuni tangga ketiga selepas mencatat keputusan seri kali ketiga berturut-turut, kali ini seri tanpa jaringan dengan Burkina Faso.
Andai berkongsi mata serta jaringan, mereka masih menjadi pasukan pilihan ke suku akhir kerana mengumpul kad kuning serta kad merah lebih sedikit berbanding Nigeria.
"Inilah masanya meraikan kejayaan. Kini kami bertemu pasukan pilihan, Ivory Coast pada suku akhir dan pastinya tiada peluang kedua bagi kedua-dua pasukan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan