Harian Metro: Arena |
Posted: Melaka: Atlet olahraga negara harus berjiwa kental dan memasang impian besar untuk meletakkan negara kembali memiliki raja pecut yang digeruni di peringkat Asia Tenggara dan Asia malah mampu bersaing di persada dunia. Bekas raja pecut Asia, Rabuan Pit tidak pernah menganggap peluang menyaksikan negara kembali memiliki jagoan 100m sudah tertutup berikutan negara memiliki kemudahan mencukupi untuk membentuk lebih ramai atlet berwibawa.
Dia yang masih mengikuti perkembangan atlet muda negara termasuk pentas Sukma XV Pahang menganggap olahraga mempunyai ramai atlet berbakat.
Rabuan Pit "Semuanya terletak dalam diri atlet itu sendiri. Fokus amat penting terutama bagi menjulang misi negara selain mengikuti sesi latihan dengan berdisiplin.
"Atlet sekarang bertuah kerana memiliki kemudahan yang lengkap berbanding era saya dulu," katanya.
|
Posted: London: Pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic mengaku pasukannya perlu menyalahkan diri sendiri berikutan prestasi hambar dan kini perlu mengelak daripada diaib Brentford pada perlawanan ulangan pusingan keempat Piala FA, malam ini. Skuad Rafael Benitez sekali lagi mempamerkan aksi kurang meyakinkan meskipun menewaskan Sparta Prague, 1-0 pada saingan Piala Europa awal pagi kelmarin dan permainan mereka jelas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan Blues.
Pasukan Liga Kejuaraan, Brentford pasti memasang impian untuk mengecewakan kelab barat London itu dan Chlesea tidak boleh memandang rendah pasukan yang mengikat mereka 2-2 di Griffin, bulan lalu.
"Kami memiliki banyak perlawanan, bermain setiap tiga hari dalam tempoh empat bulan terakhir. Ia menjadikannya lebih sukar. Kadangkala kami tidak sempat pulih dan tidak mempunyai pasukan yang besar.
Blues yang akan menentang Middlesbrough pada pusingan kelima jika menang perlawanan ini sentiasa bangkit daripada permulaan buruk untuk mengakhiri musim dengan penuh bergaya termasuk musim lalu apabila menjuarai Piala FA dan Liga Juara-Juara di bawah kendalian Roberto Di Matteo.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan