Sabtu, 9 Februari 2013

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Belum sampai ajal

Posted:

Tiga beranak terselamat selepas sempat keluar dari kereta mereka yang terbakar tiba-tiba di Jalan Sungai Ujong, berhampiran Muzium Negeri di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Mohammad Iqbal Md Salleh dan isterinya, Nurul Hadida Abu Bakar, 31, dan anak mereka Nuha Aliesya, 5, tidak mengalami sebarang kecederaan.


Mohammad Iqbal berkata, dia terhidu bau asap sebelum kejadian itu, namun mengabaikannya kerana menyangka ia datang dari stesen minyak berhampiran.

"Bagaimanapun, kesesakan teruk menyebabkan saya mematikan enjin sebentar disebabkan penghawa dingin rosak.


"Apabila saya menghidupkan semula enjin, terdapat percikan api di bahagian bonet depan kereta sebelum bahagian itu mula terbakar dengan pantas," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.


Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 Kamarulzami Harith, berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada masalah enjin kereta dan pihaknya masih menyiasat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved