Ahad, 10 Mac 2013

Harian Metro: Arena


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Pencetus kebangkitan

Posted:

Liverpool: Impian Liverpool memburu empat tangga teratas Liga Perdana Inggeris bakal dicetus dengan menewaskan pasukan tangga ketiga, Tottenham Hotspur malam ini, kata penyerang berbisa, Luiz Suarez.

Liverpool yang menduduki tangga ketujuh, ketinggalan 10 mata berbanding pasukan tangga keempat, Chelsea dan berbeza 12 mata berbanding Spurs dengan baki 10 perlawanan dalam musim yang turut menyaksikan kehebatan Suarez membolos gawang lawan.


Pemain Uruguay itu menjaringkan hatrik pada perlawanan terakhir menentang Wigan Athletic meskipun mengalami kecederaan. "Kami berada di tahap terbaik dan ia peluang keemasan untuk merapatkan jurang dengan Spurs," kata Suarez yang mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris ini dengan 21 gol, dua gol di depan bintang Manchester United, Robin van Persie.

"Kami berpeluang mara ke Liga Juara-Juara dan jika mahu melakukannya, inilah perlawanan yang perlu kami menangi," kata Suarez di laman web kelab itu.


Kali terakhir Liverpool beraksi dalam Liga Juara-Juara pada musim 2009/10 selepas memenangi trofi itu pada 2005 dan mara ke final edisi 2007.


Suarez berkata, prestasi Liverpool semakin meningkat selepas mengukuhkan skuad itu Januari lalu dengan kehadiran penyerang Daniel Sturridge dan Philippe Coutinho.

Foto

Luiz Suarez

Liverpool turut menjaringkan sembilan gol tanpa bolos ketika menewaskan Swansea dan Wigan dalam dua perlawanan liga terakhir.


"Daniel berjaya menyesuaikan diri, begitu juga Philippe. Mereka memberikan kami sedikit kelebihan.

"Pemain yang ada sebelum ketibaan mereka melakukan tugas luar biasa tetapi kini kami miliki lebih banyak pilihan." Pengurus Brendan Rodgers turut memuji Suarez dan menganggap prestasi Liverpool setaraf pasukan terbaik lain liga itu.


Menurut Rodgers, kutipan mata 14 perlawanan terakhir boleh membantu pasukan mara ke tangga ketiga berbanding 14 perlawanan pertama yang meletakkan mereka di tangga ke-12.


"Kutipan mata memihak kami. Kami bermain dengan baik musim ini," katanya. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/09

Pilihan tepat Sigurdsson

Posted:

LIVERPOOL: Gylfi Sigurdsson mengaku tidak menyesal menolak tawaran ke Liverpool dan memilih Tottenham, menjelang kunjungan ke Anfield dalam pertemuan penting membabitkan persaingan merebut tempat ke Liga Juara-Juara.

Pasukan kendalian Andre Villas-Boas yang tidak tewas 12 perlawanan liga berturut-turut setakat ini, termasuk kemenangan ke atas Arsenal hujung minggu lalu kini berada di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, lima mata di belakang pasukan tempat kedua, Manchester City.


Liverpool yang menduduki tangga ketujuh pula mahu membuat kejutan saat akhir untuk merebut empat tangga teratas.

Namun Tottenham mempamerkan aksi hebat di Eropah dan berkunjung ke Merseyside malam ini selepas menewaskan Inter Milan, 3-0 di Liga Europa.


Pencapaian itu mengukuhkan pandangan pemain tengah Iceland, Sigurdsson, dia membuat pilihan tepat apabila kembali ke England berikutan perpindahan bernilai £8 juta (RM37 juta) dari Hoffenheim.


Bekas pemain Swansea itu dijangka bertemu dengan Brendan Rodgers, bekas pengurusnya di Stadium Liberty yang kini mengendalikan Liverpool.

"Memang sukar menolak pelawaan mereka kerana saya kenal Brendan. Ia bukan kerana sejarah dimiliki Liverpool. Tottenham datang dan saya melihat prestasi mereka sejak beberapa tahun lalu," " katanya.


"Pastinya seronok dapat menentang pasukan Brendan tapi misi mendapatkan tiga mata menjadi keutamaan." - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/09
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved