Harian Metro: Arena |
Posted: Liverpool: Impian Liverpool memburu empat tangga teratas Liga Perdana Inggeris bakal dicetus dengan menewaskan pasukan tangga ketiga, Tottenham Hotspur malam ini, kata penyerang berbisa, Luiz Suarez. Liverpool yang menduduki tangga ketujuh, ketinggalan 10 mata berbanding pasukan tangga keempat, Chelsea dan berbeza 12 mata berbanding Spurs dengan baki 10 perlawanan dalam musim yang turut menyaksikan kehebatan Suarez membolos gawang lawan.
"Kami berpeluang mara ke Liga Juara-Juara dan jika mahu melakukannya, inilah perlawanan yang perlu kami menangi," kata Suarez di laman web kelab itu.
Luiz Suarez Liverpool turut menjaringkan sembilan gol tanpa bolos ketika menewaskan Swansea dan Wigan dalam dua perlawanan liga terakhir.
"Pemain yang ada sebelum ketibaan mereka melakukan tugas luar biasa tetapi kini kami miliki lebih banyak pilihan." Pengurus Brendan Rodgers turut memuji Suarez dan menganggap prestasi Liverpool setaraf pasukan terbaik lain liga itu.
|
Posted: LIVERPOOL: Gylfi Sigurdsson mengaku tidak menyesal menolak tawaran ke Liverpool dan memilih Tottenham, menjelang kunjungan ke Anfield dalam pertemuan penting membabitkan persaingan merebut tempat ke Liga Juara-Juara. Pasukan kendalian Andre Villas-Boas yang tidak tewas 12 perlawanan liga berturut-turut setakat ini, termasuk kemenangan ke atas Arsenal hujung minggu lalu kini berada di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, lima mata di belakang pasukan tempat kedua, Manchester City.
Namun Tottenham mempamerkan aksi hebat di Eropah dan berkunjung ke Merseyside malam ini selepas menewaskan Inter Milan, 3-0 di Liga Europa.
"Memang sukar menolak pelawaan mereka kerana saya kenal Brendan. Ia bukan kerana sejarah dimiliki Liverpool. Tottenham datang dan saya melihat prestasi mereka sejak beberapa tahun lalu," " katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan