Harian Metro: Arena |
Posted: Shah Alam: Adakah tepat langkah membenarkan pemain import kembali mewarnai kancah bolasepak tempatan? Persoalan terbabit timbul selepas menyaksikan skuad negara dibelasah 1-4 oleh Arab Saudi dalam aksi persahabatan malam kelmarin dengan pemain tengah Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Safiq Rahim menjaringkan gol tunggal Harimau Malaya pada minit ke-70 pada pertemuan di Stadium Shah Alam itu.
Menurut Rajagobal, skuad negara hanya mempunyai Norshahrul Idlan Talaha sebagai penyerang semula jadi selain Abdul Hadi Yahya yang tersenarai dalam kem latihan pusat kali ini.
SAFIQ (kiri) jaring gol tunggal negara di Stadium Shah Alam, kelmarin. Selain Norsharul, kem latihan pusat kali ini juga tidak mempunyai penyerang yang mampu memenuhi hasrat pengendali negara itu untuk menggegar kubu lawan menjelang aksi penting menentang Yaman untuk pusingan kelayakan Piala Asia 2015 yang dijadual berlangsung Jumaat ini.
Penyerang import ATM, Marlon Alex James mendahului senarai penjaring keseluruhan ketika ini dengan meledak tujuh gol selain penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Jean-Emmanuel Effa Owona yang kini bersama Terengganu, meledak empat gol.
|
Posted: Dungun: Peserta Kenya menyapu bersih tempat pertama hingga keempat kategori Antarabangsa Lelaki dan Wanita Cabaran Gunung Berembun Antarabangsa Terengganu 2013 di Hutan Lipur Air Terjun Chemerong, kelmarin. Thomas Kipkosaei muncul juara antarabangsa Lelaki untuk menggondol wang tunai RM1,500 selepas menamatkan larian dengan catatan masa 2 jam 14 minit dan 10 saat manakala rakan senegara Geoffrey Birgen, kedua, 2:17.21s, menerima RM1,200. Mohamed Temam Hussien, ketiga dan Ale Munene Njue, keempat.
Bagi kategori Terbuka Lelaki, peserta Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Muhaizar Mohamad muncul juara untuk menerima RM1,500 manakala pelari Terengganu, Mohamad Afendi Nudin, kedua, RM1,200.
Seramai 681 peserta dari seluruh negara, termasuk dari Singapura, Thailand, Kenya, Jerman serta Britain mengambil bahagian dan hadiah disampaikan Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun Mohd Razif Abd Majid serta Presiden Persatuan Kembara Negara Datuk Mohd Khalid Mohd Yunus. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/19 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan