Harian Metro: Setempat |
Posted: Kuala Selangor: Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila tangannya hampir putus manakala kepala, leher dan mata ditetak beberapa kali oleh penyerang, dipercayai adik lelakinya, dalam kejadian amuk di Taman Kaswari, Kampung Bukit Rotan, di sini, petang kelmarin. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Mohd Taib Ahmad berkata, kejadian berlaku jam 6.15 petang dan mayat mangsa berusia 52 tahun itu ditemui berlumuran darah oleh penjaga tokong, Chew Bon Hwa, 52, yang datang ke rumah ibadat itu untuk menutup pintu, jam 7 malam.
"Adik mangsa bagaimanapun enggan pulang dan selepas beberapa kali dipujuk, dia dikatakan naik angin dan tiba-tiba mencapai sebilah parang dalam tokong lalu menetak mangsa," katanya.
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa yang ditetak oleh adik lelakinya. "Akibat panik dan takut dengan perbuatannya, suspek melarikan diri ke dalam ladang kelapa sawit berhampiran," katanya.
"Polis menjalankan ujian air kencing terhadapnya dan mendapati dia positif dadah jenis ganja, dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan