Harian Metro: Setempat |
Posted: Puchong: Lebih 60 penghuni Blok B Apartmen Beringin, Jalan Industri PBP3, di sini, terpaksa dipindahkan ke Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Puchong Indah selepas tebing tanah di belakang rumah mereka runtuh, semalam. Runtuhan dengan keluasan 16.6 meter x 16.6 meter persegi itu berpunca daripada hujan lebat awal pagi semalam menyebabkan tanah yang sudah terhakis sejak sebulan lalu bertambah teruk dan runtuh.
Menurutnya, pegawai MPSJ sudah memeriksa keadaan struktur tanah terbabit namun ketika itu hakisan hanya sedikit.
KEADAAN tebing runtuh di Apartmen Beringin, Jalan Industri PBP3, Puchong. SEBAHAGIAN penduduk keluar dari rumah masing-masing. Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohamad Sani Harul berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 5 petang dan tiba di tempat kejadian 13 minit kemudian.
"Setakat ini keselamatan kawasan terbabit masih dalam siasatan dan semua penghuni dipindahkan ke dewan buat sementara waktu," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan